Insan & Komuniti 27 May, 2020

Pegang septor Loki masa berkhutbah! Amin Idris mohon maaf!!

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this
"Bro Amin mohon ampun kepada Allah dan mohon maaf kepada semua netizen".  Demikian kata penceramah motivasi, Amin Idris, 39,  dalam posting dalam Instagramnya Amin_Idris dan memutuskan untuk memadam fotonya berkhutbah pada pagi 1 Syawal dengan memegang septor (tongkat) Loki. : KitaReporters 



"Sebagai menerima teguran Menteri Agama dengan hati terbuka, saya padamkan gambar khutbah pegang tongkat Loki dan memohon ampun kepada Allah kerana jadikan ibadah bahan lawak," katanya.

Kredit foto: IG amin_rais


Terdahulu, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr  Zulkifli Mohamad menasihatkan umat Islam supaya tidak menjadikan tongkat khutbah sebagai bahan lawak dan mempersendakannya

Perbuatan itu menjadi tular dalam sejumlah laman sosial.


“Khutbah yang disampaikan adalah baik, namun kalau boleh apa yang hendak dipegang sebagai tongkat  atau lain-lain biarlah melambangkan keseriusan dan bukan menjadi bahan lawak,” katanya dalam satu posting dalam akaun Twitternya.
Justeru, Dr Zulkifli menegur umat Islam supaya tidak menjadikan tongkat khutbah sebagai bahan lawak sebagaimana yang sudah tular dalam media sosial sejak selepas solat Aidilfitri pada Ahad, 25 Mei 2020.

Datuk Seri Dr  Zulkifli Mohamad



"Sebagai tanda menerima teguran menteri, dengan hati terbuka saya padam gambar khutbah pegang Loki Sceptor dan mohon ampun pada Allah SWT. 

"Reda Allah lebih penting dari tanda suka dan perkongsian manusia.

"Jadi, apabila Datuk Dr Zulkifli menegur mengenai isu ini saya percaya beliau tidak bercakap tanpa asas dan dalil.

 "Jauh sekali nak menjadi 'joykiller' kerana beliau pasti mahu kita bergembira di hari raya kerana itu perintah agama," katanya.

Amin yang juga pengendali program The Amin Idris Show dalam Facebook berkata, teguran itu membuatkan dia muhasabah diri untuk lebih berjaga-jaga selepas ini. 

"Sekali lagi saya mohon maaf. Apa pun, isu ini adalah ruang dan peluang untuk yang tak tahu mula tahu. 

"Insya-Allah, saya akan bawa isu ini dalam program #TheAminIdrisShow," katanya.

Tindakan Amin itu mendapat maklum balas positif pengikut di laman sosial selain ada yang mengambil pendekatan sama dengan memadam gambar dimuat naik. - KitaReporters


1
1
2
0
0
You will be interested