Insan & Komuniti 08 Nov, 2020

Nahas maut! Zoraimi rakam gambar 30 minit sebelum meninggal!

@adnan mohamad
Berpengalaman dalam bidang penulisan selama lebih 22 tahun sebagai wartawan bermula di akhbar Berita Harian selama lebih lima tahun kemudian di akhbar Utusan Malaysia serta Kosmo dan lima kali mendapat anugerah kewartawanan peringkat negeri Terengganu. Emel: adnan580218@gmail.com

Share this

MALANG memang tak berbau! Seorang mangsa nahas, Zoraimi Izan, 48, sempat bersama rakan-rakannya di sebuah kedai untuk minum air  dan kemudian mengambil beberapa keping gambar sebelum mereka meneruskan perjalanan. Kira-kira 30 minit selepas itu, Zoraimi maut selepas terbabit dalam satu kemalangan. : KitaReporters 


ZORAIMI Izan yang terbunuh akibat kemalangan di Kilometer 15 Jalan Mak Lagam-Bandar Baru Cheneh, Kemaman, Terengganu. Kredit Foto : PDRM Kemaman.


Lagi cerita-cerita berkaitan kemalangan:

https://kitareporters.com/search?search=kemalangan


Sebuah lori yang sarat muatan kelapa sawit terbakar apabila sebuah motosikal berkuasa tinggi yang sedang berkonvoi bersama  enam rakannya berlanggar dengan lori itu di Kilometer 15 Jalan Mak Lagam-Bandar Baru Cheneh, Kemaman, Terengganu pada Sabtu, 7 November 2020. 


ROZAIMI (kanan) sempat merakam gambar bersama rakan-rakannya kira-kira 30 minit sebelum beliau terbabit kemalangan maut jalan raya pada Sabtu, 7 November 2020.


Dalam kejadian tersebut yang berlaku kira-kira pukul 12 tengah hari, penunggang motosikal jenis Kawasaki Z800 itu, Zoraimi Izan, 48, seorang kakitangan Pejabat Penerangan Daerah Kemaman meninggal dunia di tempat kejadian. 

Motosikal mangsa dipercayai hilang kawalan sebelum  memasuki laluan bertentangan menyebabkan motosikal berkenaan melanggar lori kelapa sawit.

Mangsa yang dilaporkan tinggal di Kampung Batu 4, Binjai, Air Putih dekat Chukai, Terengganu, bertugas sebagai Juru Audio Visual dengan Pejabat Penerangan Daerah Kemaman.  

Kira-kira 30 minit sebelum kejadian, Rozaimi telah berhenti sekejap bersama rakanya di sebuah kedai untuk minum air  dan mangsa sempat mengambil beberapa keping gambar sebelum mereka meneruskan perjalanan ke Kuantan, Pahang.


 


BAHAGIAN hadapan lori kelapa sawit yang terbakar. - Kredit foto: PDRM Kemaman.


Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan berkata akibat kejadian itu, Kawasaki E800 yang dinaiki mangsa dipercayai terbakar lalu api itu pula menyambar lori tersebut menyebabkan lori itu musnah kerana kebakaran berkenaan. 

``Zoraimi yang mendapat cedera parah dan mangsa tercampak tidak jauh dari tempat kejadian itu dan mangsa disahkan meninggal dunia di situ. 

``Mayat mangsa dibawa ke Hospital Daerah Kemaman untuk dibedah siasat dan kes itu akan disiasat di bawah Seksyen  41 (1) Akta Pengangkutan Jalan, JPJ 1987,’’ katanya pada 7 November 2020. 

Sebelum itu, kakitangan pejabat penerangan terbabit bersama rakan-rakannya yang lain dikatakan dalam perjalanan dari Kemaman menuju ke Kuantan, Pahang. 


JENAZAH Rozaimi dibawa pulang dari Hospital Daerah Kemaman untuk disolatkan di Masjid Al-Mahabbah Bukit Mentok, Air Putih malam tadi, Sabtu 7 November 2020.


Bagaimanapun hasrat mereka untuk berkonvoi di beberapa  lokasi menarik sekitar Bandar Kuantan tidak kesampaian apabila Rozaimi yang mempunyai seorang isteri dan lima orang anaknya terbabit  dalam kemalangan tersebut. 

Berikutan dengan kejadian itu, Balai Bomba dan Penyelamat Chukai, Kemaman yang diketuai seorang pegawai serta 12 anggotanya mengambil masa selama 10 minit untuk memadamkan kebakaran kenderaan berkenaan. 


 

JENAZAH Rozaimi disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Bukit Mentok, Air Putih, Kemaman, Terengganu.


Menurut rakan-rakan, mangsa dikatakan sering mengadakan konvoi bersama rakan-rakannya di beberapa negeri lain ketika mangsa tidak bertugas ataupun bercuti. 

Mayat  Allahyarham telah disolatkan di Masjid Al-Mahabbah, Bukit Mentok, Air Putih dan kemudian dikebumikan di tanah perkuburan Islam di kampung itu kira-kira pukul 9.30 malam tadi, Sabtu 7 November 2020. - KitaReporters

8
3
11
3
3
You will be interested