Insan & Komuniti 27 Apr, 2020

CAYALAH SUNQUICK!! BANTU BAYI ORPHANCARE!

@yati yazid
Pernah bertugas sebagai wartawan di Utusan Malaysia. Masih mewarnai dunia penulisan sehingga kini.

Share this

KALAU dah nama rezeki mesti tidak salah alamat! Itu yang berlaku kepada Yayasan Orphancare baru-baru ini yang menerima sumbangan daripada syarikat SUNQUICK Malaysia. Biarpun sambutan Ramadan tahun ini sangat yang berbeza kerana seluruh dunia dilanda COVID-19, namun tidak menghalang untuk ‘urusan’ berkongsi rezeki. : KitaReporters

SUNQUICK menyalurkan sebahagian hasil jualan bagi produk minuman saiz besar kepada Yayasan Orphancare dalam usaha membantu misi yayasan berkenaan dalam menyelamatkan bayi. - Foto SUNQUICK MALAYSIA.


SUNQUICK Malaysia tampil melakukan tanggungjawab sosial korporat (CSR) sempena bulan mulia dengan cara menyalurkan sebahagian hasil jualan bagi produk minuman botol saiz besar dari seluruh negara bagi membantu misi OrphanCare dalam menyelamatkan bayi yang berisiko dibuang atau ditinggalkan dan kanak kanak dari keluarga yang tidak bernasib baik.

BARANG keperluan harian turut disumbangkan oleh SUNQUICK untuk kegunaan penghuni di Yayasan Orphancare.


Kedua-dua pihak  telah menandatangani memorandum persefahaman (MoU), namun majlis berkenaan telah diadakan secara berasingan sebagai menghormati Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilanjutkan sehingga 12 Mei 2020.

TIMBALAN Presiden Eksekutif Wilayah SUNQUICK Malaysia, Soren Ravn.


Timbalan Presiden Eksekutif Wilayah SUNQUICK Malaysia, Soren Ravn berkata, mulai 23 April hingga 24 Mei 2020, sebahagain daripada hasil jualan produk SUNQUICK bersaiz besar akan disalurkan ke dana Yayasan Orphancare

"Pihak kami ingin membantu Yayasan Orphancare dalam misi mereka untuk menyelamatkan bayi yang berisiko dibuang atau ditinggalkan dan kanak-kanak dari keluarga yang tidak bernasib baik," katanya dalam satu kenyataan, baru-baru ini. 

Menurut Ravn lagi, pihaknya kagum dengan wawasan Yayasan Orphancare yang berusaha untuk memberi perlindungan kepada bayi dan kanak-kanak yang berisiko tersebut. 

"Kami percaya semua kanak-kanak berhak dibesarkan dalam persekitaran yang selamat, suasana yang gembira penuh dengan kasih sayang dan perhatian.

"Sehubungan itu, SUNQUICK sangat berbesar hati dan bangga dapat menyumbang kepada masyarakat yang memerlukan dengan cara begini.

"SUNQUICK Malaysia dalam masa sama, turut berkongsi wawasan Yayasan OrphanCare dalam melindungi bayi dan kanak-kanak yang berisiko ini," kata Ravn.

YAYASAN Orphancare berusaha untuk memberi perlindungan dan kasih sayang kepada anak-anak jagaan mereka.


Sementara itu, Ketua Pegawai Operasi Yayasan Orphancare, Yuzila Yusof pula menzahirkan rasa teruja kerana terpilih oleh SUNQUICK Malaysia yang berbesar hati ingin membantu dan menjayakan misi untuk melindungi bayi dan kanak-kanak.

"Kami di sini bukan saja melindungi dan memberi kasih sayang kepada bayi-bayi berkenaan, malah turut menyediakan perkhidmatan proses pengambilan anak angkat," tambahnya.

Yayasan yang ditubuhkan pada 2008 itu bertujuan untuk memberi perlindungan serta kasih sayang kepada bayi-bayi terbuang dan kanak-kanak yang tidak bernasib baik. - KitaReporter.

7
0
0
0
0
You will be interested