Insan & Komuniti 02 May, 2020

Bantu kami! Bapa tunggal jaga anak remaja OKU sakit saraf!

@nur sabrina samsudin
Bergiat cergas dalam bidang kewartawanan sejak dibangku sekolah lagi. email:[email protected]

Share this

SEORANG bapa tunggal yang kehilangan isteri sejak empat tahun lalu tabah menjaga anak remajanya yang berusia 22 tahun dan mengalami masalah saraf lalu menyebabkannya tidak boleh berjalan serta bergerak seperti biasa sejak berusia lapan bulan lagi. : KitaReporters

Ketua Pegawai Eksekutif ABM Wilayah Utara Mohd Nazri (dua dari kiri) dan Pengarah Program Ihya Ramadan Kelab Chapter Patriot Anak Perlis (KCPs) Universiti Utara Malaysia (UUM) Muhammad Saniy Samsudin (kiri sekali) mengunjunginya Nik Hassan.


Kasim Darus, 53.


Ibarat pepatah "berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul" yang ditanggung oleh bapa tunggal Kasim Darus, 53, yang menjaga anak bongsunya yang mengalami kecacatan dan tidak boleh bergerak seperti biasa kerana masalah saraf.

Anak remajanya itu, Nik Hassan kini telah berusia 22 tahun dan dijaga oleh bapanya yang menetap di Taman Jaya Baru, Changlon, Kedah.

Sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) diumumkan pada 18 Mac 2020, bapanya berniaga roti canai setiap pagi dikawasan perumahan berdekatan.

'Saya hanya dapat berniaga sehingga jam 11.00 pagi memandangkan anak saya Nik Hassan keseorangan di rumah," katanya semasa ditemui dalam satu kunjungan pada Jumaat, 1 Mei 2020.

Ketua Pegawai Eksekutif ABM Wilayah Utara Mohd Nazri Zakaria


Ketabahan bapa tunggal yang menjaga anak bongsunya itu mendapat perhatian daripada Akademi Binaan Malaysia (ABM) dan Kelab Chapter Patriot Anak Perlis (KCPs), Universiti Utara Malaysia (UUM).

Ketua Pegawai Eksekutif ABM Wilayah Utara Mohd Nazri Zakaria dan Pengarah Program Ihya Ramadan KCPs UUM Muhammad Saniy Samsudin menyampaikan sumbangan lampin pakai buang, nestum dan barangan keperluan harian.

Mohd Nazri yang ditemui berkata, sumbangan kecil staf ABM ini diharap dapat meringankan beban keluarga ini.

"Kami difahamkan bapa remaja ini mengambil alih tanggungjawab menjaga anaknya itu sepenuhnya sejak kematian isterinya empat tahun lalu akibat kencing manis," ujarnya ketika ditemui.

Pengarah Program Ihya Ramadan KCPs UUM Muhammad Saniy Samsudin


Sementara itu, Muhammad Saniy berkata, sumbangan yang disampaikannya adalah hasil kutipan dalam kalangan pelajar UUM.

"Kami amat berterima kasih dapat bekerjasama dengan pihak ABM Wilayah Utara untuk membantu remaja sebaya dengan kami juga," katanya ketika ditemui selepas menyampaikan sumbangan.

Muhammad Saniy menambah mereka akan sentiasa menjalinkan hubungan dengan agensi luar atau Badan Bukan Kerajaan (NGO) dalam merancang dan menjalankan aktiviti secara bersama.

Katanya, sebelum ini mereka juga telah mendapat kerjasama dengan pihak ABM untuk mendirikan semula rumah pelajar UUM yang terbakar.

Mohd Nazri (kiri) ziarah Nik Hassan remaja OKU yang dijaga oleh bapanya Kasim Darus (kanan).


Dalam pada itu, mereka juga berharap masyarakat setempat dan orang ramai boleh menyalurkan sumbangan bagi meringankan beban keluarga ini terutama untuk pembelian lampin pakai buang, makanan Nestum dan tambang ke Klinik Kesihatan Changlon dan Hospital Sultanah Bahiyah Alor Star untuk mendapatkan ubat dan rawatan.

Mereka yang ingin membantu dan menyalurkan sumbangan kepada keluarga ini boleh menghubungi talian 0103812866 / 0182936567 dan 0174729890 untuk keterangan lanjut. - KitaReporters

Nik Hassan menerima sumbangan daripada ABM dan KCPs UUM. 


Muhammad Saniy (kiri) menyampaikan sumbangan keperluan harian kepada Kasim.

2
0
0
0
0
You will be interested