Insan & Komuniti 22 Mar, 2021

Perbalahan rumah tangga bawa maut! Isteri tunggang motor maut digilis lori! Suami arah langgar

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this

Gambar hiasan. - Kredit foto: selangor.gov.my


PERTENGKARAN rumah tangga boleh membawa maut apabila kemarahan sukar dikawal. Pergeseran suami isteri di Padang, Pariaman, Sumatera Barat dilaporkan menjadi serius apabila si suami dipercayai berlaku curang di luar.

Peristiwa kemuncak terjadi pada 15 Mac 2021, apabila si suami dikenali sebagai HJ, 40, mengambil telefon bimbitnya dipercayai untuk berkomunikasi dengan kekasih gelapnya.

HJ lalu bergegas pergi menaiki sebuah lori yang dipandu rakannya dan mengarah terus memandu laju.


Lagi kisah-kisah sedih berkaitan pelanggaran:

https://kitareporters.com/search?search=langgar


Lori yang melanggar dan menggilis M ditahan oleh pihak polis. - Kredit foto: Kompas.com

Kredit foto: Kompas.com


Si isteri yang dikenali sebagai MKS, 38, yang marah akan tindakan HJ lalu menghidupkan motosikal kapcainya tanpa memakai topi keledar dan mengejar lori itu.

Motosikal yang ditunggang laju itu berjaya memintas lori itu dan mengarahnya berhenti.

HJ yang panik mengarahkan rakannya jangan berhenti sebaliknya mengarahkan si pemandu melanggar motosikal isterinya.

Si pemandu seperti terpukau akan arahan HJ terus melanggar motosikal MKS dan tubuh MKS yang tidak memakai topi keledar digilis menyebabkan nyawanya tidak dapat diselamat.

Menurut siasatan polis, HJ sempat turun dan melihat isterinya tidak bernyawa. Kerana panik HJ meminta pemandu segera berlalu.

Bagaimanapun HJ dan si pemandu berjaya ditahan tidak lama kemudian dan akan didakwa tidak lama lagi, kata Ketua Polis Daerah Lubuk Begalung, Harmon kepada Kompas.com. - KitaReporters

1
6
5
0
4
You will be interested