Insan & Komuniti 23 May, 2022

Video| Shasa okey je pegang pesakit HIV! Kena betulkan tanggapan negatif! Hentikan stigma buruk!

@khadijah ibrahim
Pernah bertugas di Kumpulan Utusan dan pernah bertugas di biro Johor. Kini masih aktif dalam dunia penulisan.

Share this

Foto daripada videeo yang dimuat naik oleh Shasa Aziz sewaktu berkunjung ke PERNIM mendapat perhatian ramai.


SEBUT saja HIV (Human Immunodeficiency Virus atau Virus Kurang Daya Tahan Sakit) atau AIDS (Acquired Immune Deficiency Syndrome atau Sindrom Kurang Daya Tahan), automatik ramai kita akan rasa tidak selamat kalau berada di samping mereka yang mempunyai simptom tersebut.

Kalau boleh nak duduk sebatu jauh daripada penghidap HIV dan AIDS kerana orang ramai sedia maklum bahawa penyakit tersebut tidak ada ubatnya.

Baru-baru ini seorang wanita yang dikenali dengan nama Shasa Aziz berkongsi video dia menyantuni kanak-kanak dijangkiti HIV dan AIDS menarik perhatian ramai.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan persatuan PERNIM

 


Shasa yang merupakan seorang pakar audiologi itu mengadakan lawatan ke rumah perlindungan Persatuan Kebajikan Anak Kepada Pesakit HIV/AIDS Nurul Iman Malayia (PERNIM), maka menyebabkan ada kalangan netizen mendakwa dia sengaja mencari nahas.

"Hish you ni, tak ada penyakit cari penyakit banyak lagi benda boleh buat nak juga gigih pergi jumpa budak-budak HIV semua bagai ni memang undang naya," komen seorang netizen.

Stigma terbabit turut dikongsikan oleh seorang pengguna Twitter dan ia meraih perhatian ramai.



Shasa bersama pengasas PERNIM, Norlina Alawi yang sudah 25 tahun menjaga anak-anak penghidap HIV.


Bagaimanapun Shasa tidak mudah melatah, sebaliknya menerusi akaun Instagramnya @shasaaziz, dia mengulas mengenai stigma yang diterima dan masih membelenggu sebahagian minda masyarakat

“I don’t normally share this but, I feel like I need to. Sha tak expect video yang Sha posted a few days ago menarik perhatian some Instagram users.

“Ramai yang terkejut tindakan Sha memegang adik Siti yang positive AIDS. First of all, my intention was to bersedekah, selain nak hadiahkan Gift Box @olaolihq Travel Kit sekali gus meraikan Ramadan dengan anak-anak anugerah ni. Tak expect boleh bersua rapat.

Just to share, Sha dah buat body check, I’m fine sihat and no open wounds (luka terbuka) for precautionSo kita taklah datang bawa gloves sebab hakikatnya HIV or AIDS cannot be transmitted via touching unless ada open wound.

“Maka demi untuk betul-betul capai objective and intention kita, Sha tak pakai gloves, lagi pun ia untuk menjaga hati anak-anak ini,” tulisnya yang menegaskan HIV atau AIDS tidak mudah untuk berjangkit kepada orang lain.


Kunjungan Shasa ke PERNIM adalah untuk bersedekah dan berkongsi produk Ola Oli yang diusahakannya.


Penghuni di PERNIM bukan saja penghidap penyakit HIV tetapi juga ada anak-anak yatim.


Shasa yang juga usahawan Ola Oli yang memasarkan SuperOla iaitu suplemen untuk meningkatkan sistem imunisasi badan kanak-kanak turut memuji usaha pengasas PERNIM, Datin Norlina Alawi yang mengorbankan masa dan tenaga menjaga anak-anak tersebut.

“Buat pertama kalinya menjejakkan kaki di PERNIM dan pengasasnya, Datin Norlina Alawi seorang figura yang berjiwa besar.

So lepas launch Ola & Oli hari tu, Sha selalu fikir mana lagi nak buat CSR ini kan, selalu asyik anak yatim je so this time, Sha try pula cari anak-anak HIV. Something different cause SuperOla is all about immune system right! Jadi macam kenalah dengan anak-anak HIV / AIDS yang sememangnya memerlukan makanan tambahan untuk increase imunisasi badan mereka.

"Macam dalam video ni, I sempat berbual dengan seorang pesakit AIDS yang dah memang kritikal. Nama dia Siti (dapat izin to share).



“Mama Norlina bukan saja mengambil dia sebagai anak angkat sejak kecil malah menjaganya sampai sekarang bahkan turut mengislamkan Siti dan abangnya. Mulianya hati Mama. Siti dapat virus HIV yang currently dah convert to AIDS daripada ibunya.

“Sebak sangat bila tengok Siti yang dalam keadaan lumpuh, buta dan ada jangkitan kuman dalam otak dan constantly cakap yang dia sayang Mama Norlina,” cerita Shasa dalam Instagramnya.


Penjelasan Shasa telah membuka mata orang ramai tentang pesakit HIV.


Selepas membuat penjelasan panjang lebar, kebanyakan komen di Instagramnya kembali meraih pujian warganet kerana membantu anak-anak HIV dan AIDS serta menghentikan stigma buruk terhadap penghidap penyakit tersebut. 

Proud of you, some people need to be educate more about HIV/AIDS disease plus precaution,” komen seorang pengikut Shasa.

Spread the awareness. Just touch them. Hug them. Kiss them. The real killer is stigma. The disease is easily managed in this day and age and it does not transmit with touch,” tulis seorang wargamaya.

Good you raise the awareness. AIDS ni ramai sangat ada stigma sampai pegang pun masih rasa boleh berjangkit,” ujar seorang netizen.

Malah Shasa sempat memberitahu bahawa anak-anak yang disantuni atau yang mendiami rumah PERNIM itu tidak bersalah kerana yang melakukan kesilapan itu aalah orang tua mereka.

“Btw, anak-anak ini tidak bersalah, yang melakukan kesilapan itu adalah org tua mereka. .minta dijauhkan!!! Di bawah jagaan mama, Datin Hjh Norlina Hj Alawi, ramai anak-anak ini yang berjaya menamatkan pengajian di sekolah Tahfiz termasuk universiti tempatan. Hebat aah!!

“So, anak-anak ini amat memerlukan support dan perhatian daripada masyarakat. Let’s NOT leave them behind k. Bagi yang tak tahu Rumah Kebajikan Anak Kepada Pesakit HIV/AIDS NURUL IMAN MALAYSIA (PERNIM) tidak semuanya menghidap penyakit yang disebutkan, sebahagiannya adalah anak yatim piatu. Kalau ada masa jenguk-jenguk lah… jom kita continue giving!” katanya.

Ternyata perkongsian daripada Shasa itu secara tidak langsung menghapuskan pandangan serong sesetengah masyarakat terhadap penghidap penyakit HIV atau AIDS. - KitaReporters


15
6
0
13
0
You will be interested