PERCERAIAN sering menimbulkan masalah terutama melibatkan penjagaan anak-anak sehingga boleh mengganggu emosi kanak-kanak berkenaan.
Namun berbeza di China seorang lelaki yang kecewa dengan perpisahan dengan isterinya menuntut sejumlah pampasan dengan menyaman anak tirinya.
Tindakan yang dilakukan kerana menuntut semua perbelanjaan yang pernah dikeluarkan untuk membesarkan anak tirinya, Liu sepanjang berkahwin dengan bekas isterinya.
Lagi kisah-kisah menarik berkaitan isu perceraian
Tuntutan pampasan berkenaan yang dibuat oleh lelaki yang dikenali sebagai Tang dibuat di Mahkamah Chongqing, wilayah Sinchuan sehingga mencetuskan kontroversi dalam media sosial.
Kira-kira tiga bulan selepas perpisahan, Tang memfailkan saman terhadap Liu dan sebagai pampasan untuk perbelanjaan sara hidup.
Memetik Odditycentral.com, tuntutan pampasan berkenaan yang dibuat selepas menceraikan isterinya.
Tang dilaporkan menyaman anak tirinya Liu di mahkamah dan menuntut 35,200 yuan (RM231,54) sebagai pampasan untuk wang yang dibelanjakan untuk membesarkannya semasa perkahwinan itu.
Terdahulu Tang berkahwin dengan seorang janda yang mempunyai seorang anak lelaki pada 2009 dan mengetahui isterinya memiliki seorang anak lelaki berusia 10 tahun.
Sepanjang menjadi ketua keluarga, Tang menjaga kebajikan anak tirinya dengan menanggung segala perbelanjaan termasuk bayaran yuran universiti dan perbelanjaan selama empat tahun di universiti sehingga bergraduasi.
Namun selepas 14 tahun menjalani kehidupan berumah tangga, Tang dan isterinya memilih untuk bercerai.
Pertikaian undang-undang yang unik itu mencetuskan kemarahan netizen yang menonton video perbicaraan dalam platform media sosial seperti Twitter China, Sina Weibo.
Kebanyakan netizen menuduh Tang membuat tuntutan berkenaan kerana mahu membalas dendam terhadap anak tirinya selepas perkahwinannya gagal. Malah ada yang menganggap Tang tidak ikhlas dalam menjaga anak tirinya.
"Walaupun selepas membesarkan anak itu selama 10 tahun, nampaknya dia tidak pernah melayannya seperti anak lelaki. Itu sangat menyedihkan," komen seorang lagi.
Bagaimanapun tuntutan Tang ditolak selepas mahkamah tempatan di Chongqing menafikan permintaan Tang dan memutuskan perbelanjaan yang dituntut tersebut telah dibuat secara sukarela.
Hakim memberitahu, Tang yang memilih untuk menyara anak tiri berkenaan walaupun mengetahui dia tidak mempunyai tanggungjawab undang-undang untuk menanggung pengajian sepanjang anak tirinya di universiti.
Hakim juga memaklumkan anak tirinya juga masih mempunyai tanggungjawab menjaga kebajikan bekas bapa tirinya walaupun ibunya bercerai. - KitaReporters