Insan & Komuniti 06 Nov, 2021

Video| Gara-gara patuh peta Google! Pemandu terjunam ke dalam sungai! Penduduk bantu tarik lori

@yati yazid
Pernah bertugas sebagai wartawan di Utusan Malaysia. Masih mewarnai dunia penulisan sehingga kini.

Share this

KEADAAN trak pikap yang terjunam ke dalam sungai selepas melalui jambatan buluh di Doko, Blitar, Jawa Timur. 


PETA Google (Google Map) boleh disifatkan sebagai 'kawan paling rapat' yang dapat membantu pada saat kita kesuntukan masa. Apa tidaknya, peta berkenaan bukan sahaja memudahkan perjalanan tetapi juga mencari alternatif laluan dengan lebih cepat.

Namun sayangnya kadang-kadang 'kepercayaan' kepada peta berkenaan sangat diragui. Jika tersalah pandang boleh jatuh gaung dibuatnya!

Itulah yang berlaku kepada seorang pemandu lori pikap di Jawa Timur, Indonesia yang berdepan detik mendebarkan apabila peta Google yang digunakannya itu membawa laluan yang salah.


Lagi kisah menarik berkaitan laluan perjalanan



Keadaan itu menyebabkan trak pikap yang dipandu itu terjunam ke dalam sungai  selepas melalui sebatang jambatan buluh di Kampung Suru di Doko, Jawa Timur

keadaan itu menyebabkan penduduk setempat menjerit bagi menghalang laluan berkenaan namun disebabkan tidak mendengar jeritan berkenaan pemanadu hanya meneruskan perjalanan kerana yakin dengan bantuan peta Google.

Mereka menjerit ke arah pemandu kenderaan tersebut, namun tidak dapat didengari susulan hujan lebat.

Jurucakap polis Doko, Anik Sri Utariani mengesahkan insiden itu dan memaklumkan jambatan buluh tersebut hanya boleh digunakan sebagai laluan motosikal sahaja.


Jurucakap polis Doko mengesahkan kejadian lori pikap terjatuh ke sungai berikutan mengikut arahan peta google.


“Selepas melalui jambatan itu, trak pikap berkenaan terjunam ke dalam sungai, namun bernasib baik kerana tidak dihanyutkan arus laju.

“Pemandu trak pikap itu mengaku, dia tidak mahir dengan laluan berkenaan menyebabkan dia menggunakan Peta Google dan aplikasi itu menunjukkan dia perlu melalui jambatan buluh tersebut,” katanya.

Ketika kejadian, trak pikap tersebut membawa muatan berupa kayu api untuk dihantar ke sebuah rumah di daerah Doko.

Nasib baik pemandu berusia 35 tahun itu tidak mengalami kecederaan parah, manakala lori pula berjaya ditarik ke daratan hasil gotong-royong dan bantuan orang kampung. 

Itulah jangan percaya sangat kepada peta berkenaan. - KitaReporters


Lokasi Kampung Soro, Doko di Jawa Timur mengikut peta Google.

15
21
0
13
0
You will be interested