Insan & Komuniti 23 Jan, 2021

Video| Shuib ucapan selamat tinggal kepada Geng Pagi Hot, Hot FM! Harap berjaya jadi usahawan

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this


Shuib sedih meninggalkan trio GHP, Shuk (kanan) dan Fizie. - Kredit foto: IG hotfm976.


SELEBRITI terkenal Shuib atau Shahmira Muhamad, 36, mengakhiri tugas dalam mengendali program ‘Geng Hot Pagi’ (GHP) bersama Shuk dan Fizie pagi tadi, Jumaat, 22 Januari 2021 dengan perasaan sedih dan menitis air mata meninggalkan konti Hot FM, namun yakin akan mencapai kejayaan cemerlang dalam bidang perniagaan yang diceburinya.

Ketika berbual bersama rakan trionya, Shuk dan Fizie dalam GHP, Shuib berkata dia suka cabaran hidup dengan mengganggap kerjaya sebagai penyiar radio sudah selesa dan dia ingin menceburi bidang yang memerlukan cabaran baharu seperti bidang perniagaan.

Lagi cerita-cerita berkaitan Shuib:

https://kitareporters.com/search?search=shuib


Shuib mengendalikan program GHP buat kali terakhir.

Rancangan GHP seperti biasa bersiaran dari jam 6 hingga 11 pagi. Sebelum ini Isnin, 18  Januari 2021 lalu, Shuib sudah mengumumkan akan meninggalkan program GHP dan Hot FM.

Tarikh rasmi Shuib meninggalkan Hot FM ialah pada 31 Januari 2021 setelah menghabiskan kontrak selama 2 tahun. Shuib menerima sejumlah ucapan perpisahan daripada pendengar.


Shuib menarik tanda namanya sebelum meninggalkan konti Hot FM buat kali terakhir.


Hot FM membuat kejutan apabila menghubungi ibu Shuib, Salamiah Jalani bagi membolehkan kedua-duanya bercakap di konti dalam loghat Jawa.

Menurut Shuib, dia terkejut bagaimana ibunya dapat dihubungi dan menyatakan ibunya adalah pengikut setia GHP.

Dalam perbualan trio GHP, Shuib menceritakan bagaimana dia ditawar bekerja di GHP.

Sementara Syuk dan Fizie menyatakan kehadiran Syuib membuat jumlah pendengar GHP meningkat. GHP adalah program paling popular di Hot FM.

Kini orang ramai tertanya-tanya pelawak mana yang akan mengganti tempat Shuib? - KitaReporters







0
0
0
0
0
You will be interested