Insan & Komuniti 02 Jan, 2022

UUM hantar ibu pelajar ke Pulau Curacao, Caribbean! Nur Nabilah Mohd Azahar terlibat kemalangan!

@corp comm uum
Kelab Mobile Journalist UUM

Share this

Pertemuan bersama ibu dan bapa pelajar.


Prof Dr Haim Hilman Abdullah (kanan) bersama ibu dan bapa pelajar yang terlibat dalam nahas kemalangan air di Pulau Curacao, Caribbean.

UNIVERSITI Utara Malaysia (UUM) akan menghantar ibu Nur Nabilah Mohd Azahar yang terlibat dalam nahas kemalangan di air ke Pulau Curacao di Caribbean pada 7 Januari 2022 ini.

Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) yang menjalankan Fungsi Naib Canselor UUM, Prof Dr Haim Hilman Abdullah berkata, pihak universiti akan berusaha membantu dan memastikan keperluan rawatan dan kebajikan pelajar ini termasuk membawa ibunya, Nor Manira Khalib bagi memberi sokongan moral kepada anaknya itu.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan Dr Haim Hilman

Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) yang menjalankan fungsi Naib Canselor UUM, Prof Dr Haim Hilman Abdullah.

“Hasil daripada perbincangan yang dilakukan bersama kedua-dua orang tuanya pagi tadi (2 Disember 2021) mereka bersetuju untuk menghantar ibunya yang akan turut ditemani Pengarah Pusat Hal Ehwal  dan Kerjasama Antarabangsa (CIAC) Prof. Madya Dr. Badariah Din,” ujar beliau lagi.

Nur Nabilah yang merupakan pelajar Sarjana Muda Pengurusan Pelancongan dari Pusat Pengajian Pengurusan Pelancongan, Hospitaliti dan Acara (STHEM) UUM terlibat dalam kemalangan ketika menjalani latihan industri di Dive Division, Pulau Curacao, Caribbean pada 28 Disember 2021.


Prof Dr Haim Hilman Abdullah (kanan) menyerahkan sumbangan kepada ayah Nur Nabilah, Mohd Azahar Zakaria.


Prof Dr Haim Hilman menambah ibu dan pegawai UUM akan berangkat segera ke Curacao setelah semua urusan dokumentasi membabitkan Kedutaan Besar Malaysia di Venezuela dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) selesai. 

Beliau juga akan berusaha bagi memastikan semua rawatan dan kebajikan Nur Nabilah dibuat sebelum urusan membawa pulang dilakukan bergantung kepada tahap kesihatan dan kebenaran dari hospital di Curacao dan Wisma Putera serta Kedutaan Besar Malaysia di Venezuela seperti yang dihasratkan oleh Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad.

Sementara itu bapanya Mohd Azahar Zakaria ketika ditemui berterima kasih kepada Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan UUM kerana membantu anaknya itu. - KitaReporters



Kenyataan Akhbar Kementerian Pengajian Tinggi.

8
11
0
11
0
You will be interested