Insan & Komuniti 11 Jun, 2021

Berita Terkini| Neelofa sumbang katil di hospital bernilai RM100k! Kegunaan pesakit Covid-19!

@news editor 1
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke [email protected]

Share this


SELEBRITI dan usahawan terkenal, Neelofa, mengambil inisiatif membantu barisan hadapan Hospital Melaka dengan memberikan sumbangan berupa kelengkapan katil bernilai hampir RM100,000.

Sedekah jariah itu merupakan sumbangan pertama yang diusahakan sendiri atas rasa tanggungjawab serta prihatin terhadap peningkatan kes Covid-19 serta kekurangan katil di hospital-hospital utama.

“Rasa terpanggil untuk beri bantuan terutama apabila melihat keadaan hospital yang semakin sesak kerana terpaksa menampung jumlah pesakit COVID-19 yang ramai.

“Jadi saya memainkan peranan membantu komuniti dan rakyat Malaysia, sekali gus cuba untuk menangani pandemik ini dan berharap dengan sumbangan yang kecil dan tidak seberapa ini dapat melancarkan proses pemulihan pesakit-pesakit Covid-19,” katanya menerusi kenyataan yang dipetik oleh Utusan Malaysia pada Jumaat, 11 Jun 2021.

Dalam masa sama, Neelofa juga merancang untuk memberikan sumbangan kepada beberapa lagi hospital utama di seluruh Malaysia serta berharap sumbangan tersebut dapat memberi kemudahan kepada barisan hadapan.

Katanya, Neelofa turut ingin membantu mereka yang terjejas akibat pandemik. 

Justeru, dia menyarankan kepada sesiapa yang memerlukan bantuan boleh menghubungi Pertubuhan Kasih Neelofa menerusi media sosial rasmi. - KitaReporters




Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter

2
0
1
0
0
You will be interested