Insan & Komuniti 18 Feb, 2021

Berstatus OKU tak patahkan semangat Dr Mastura! Sebaliknya naikkan semangat untuk lagi berjaya

@hariyati ariffin
Mantan Pensyarah Kanan , dalam bidang Kewartawanan, Penyiaran dan Komunikasi di UiTM Shah Alam.

Share this


MESKIPUN dilahirkan dalam kategori anak istimewa, Dr Mastura Mahamad, 35, dari Shah Alam, tidak pernah berputus asa untuk mengejar cita-citanya dan menjadi seorang yang cemerlang dalam bidang akademik sehingga berjaya mendapat Ijazah Doktor Falsafah daripada UPM. 

Dr Mastura yang dilahirkan sebagai pesakit palsi serebrum (cerebral palsy atau CP), sejenis penyakit yang melemahkan otot or lebih sinonim dengan masalah tulang rapuh.  Beliau tidak pernah menganggap kecacatan yang dialaminya sebagai alasan tidak boleh berjaya dalam hidup. 

Dr Mastura seorang yang sangat tinggi semangat juangnya dan sentiasa yakin usaha yang tidak mengenal penat lelah dan tidak mudah rasa kecewa adalah kunci kejayaan seseorang dalam bidang akademik walaupun seorang itu bergelar OKU.


Lagi kisah-kisah berkaitan Palsi Serebrum:

https://kitareporters.com/search?search=palsi+serebrum



Sebagai pesakit palsi serebrum, yang mengalami kelemahkan pergerakan otot sakit ini memberi kesan dalam kegiatan seharian Dr Mastura.  Banyak peristiwa sedih dalam mengharungi hidup sebagai pesakit palsi selebrum ini. 

Disebabkan masalah lambat dalam perkembangan dan pergerakan, peluang pendidikan tidak datang dengan mudah bagi beliau. Kemahiran menulis, mengira juga tidak sepantas orang normal. Cabaran-cabaran ini membawa implikasi yang besar dalam hidupnya. 

Pengalaman turun naik pejabat pendidikan untuk mendapatkan penempatan serta urusan sekolah dan peperiksaan menjadi rutin.  Kadangkala beliau terasa dianaktirikan di tanah air sendiri apabila digelar OKU dan sukar untuk mendapat bantuan dalam banyak perkara. 

Bagaimanapun berkat sabar dan tabah menghadapi semua masalah dan karenah birokrasi sekarang beliau mampu tersenyum bahagia dan menikmati masa depan yang cemerlang. 



Dr Mastura juga memberitahu, sejak kecil hospital menjadi rumah kedua beliau di mana, bermacam jenis terapi dijalani  untuk membantu keupayaan beliau di samping mengurangkan komplikasi berkaitan dengan kondisi palsi serebrum ini. 

Zaman kanak-kanaknya banyak dihabiskan dengan pelbagai jenis  terapi dan kaedah latihan kognitif bagi meningkatkan keupayaan dalam menguasai 3M. 

Disebabkan itu beliau kurang bersosial di zaman persekolahan lingkungan sahabatnya juga sangat kecil. Mereka itu terdiri daripada sebilangan kecil guru dan sahabat yang prihatin membantu beliau.

Situasi ini berlarutan sehinggalah ke universiti di mana perkara yang sama berulang. Walaupun begitu beliau mampu membuktikan kebolehan dan kegigihannya apabila turut cemerlang dari segi akademik sejak di bangku sekolah sehingga tamat pengajian di UiTM (diploma dan ijazah). 

"Zaman saya bergelar pelajar OKU belum lagi terdapat kemudahan untuk pelajar OKU tetapi saya di beri pertimbangan dan peluang untuk berjaya seperti pelajar lain," katanya.


 

Bersama ibu tercinta.


Pengalaman pahit manis

Pengalaman pahit beliau  banyak berkisar tentang  persepsi masyarakat yang negatif terhadapa OKU. Pengalaman dibuli seakan sesuatu yang biasa. 

"Saya banyak melalui siri kekecewaan dalam hidup saya sebagai OKU. Pernah satu ketika saya menghantar 100 kali permohonan kerja dan menghadiri lebih 30 sesi temu duga semuanya tidak bejaya. 

"Mujur beberapa syarikat korporat dan agensi penerbitan  menawarkan peluang untuk saya berkerja dan menulis walaupun kebanyakannya  bukanlah bertaraf tetap. Hanya berdasarkan projek  (project-basis) dan skop," katanya. 

Ibu adalah mentor Dr Mastura.

"Mentor terbaik saya adalah ibu saya sendiri. Beliau adalah orang yang sentiasa yakin dengan saya walaupun saya bergelar OKU. Beliau memberi semangat dan sentiasa ada diwaktu susah dan senang saya," kata beliau. 

Selain ibunya, Dr Mastura juga memberitahu guru-guru sekolah rendah dan menengah serta pensyarah di universitinya juga sangat prihatin dan membantu dia terus berjaya mengejar cita-citanya. 

Mereka memberi peluang pada Dr Mastura aktif dalam pelbagai bidang meskipun beliau ada kekangan masalah kelemahan otot. Peluang yang diberi itu membina keyakinan dirinya untuk sama bersaing dengan pelajar2 normal fizikalnya. 



Pencapaian akademik

Dr Mastura adalah lulusan Diploma Komunikasi UiTM Shah Alam, Ijazah Sarjana Muda Perhubungan Awam UiTM Shah Alam, Sarjana Kewartawanan dan Komunikasi dari Universiti of New South Wales Australia dan Doktor Falsafah di dalam bidang Komunikasi Massa (Kewartawanan dari Universiti Putra Malaysia). 

Buat masa ini beliau sedang berkhidmat sebagai Pensyarah Kanan di Universiti Putra Malaysia.

Cabaran jadi pensyarah

Sebagai seorang yang berstatus OKU, ia bukan sesuatu yang mudah untuk memberitahu pelajar dan rakan sekerja mengenai kekangan yg beliau hadapi.

Pandangan pelajar dan masyarakat terhadap pensyarah OKU adakalanya lebih negatif. Mereka kurang yakin pada kemampuan pensyarah OKU jadi beliau berperanan memberitahu pelajar mengenai masalah dirinya dan minta kerjasama dari semua pihak agar memudahkan tugasan mereka. 

Disebabkan itu beliau mesti lebih tegas dan tidak terlalu menampakkan kelemahan dirinya kepada pelajar dan rakan sekerja. 

"Ianya bukanlah mudah tetapi saya pastikan saya juga sama hebat dengan pensyarah yang normal fizikalnya," tegasnya.


 


Kesimpulannya, Dr Mastura adalah contoh terbaik orang kurang upaya yang sangat gigih berusaha memperbaiki diri dan sentiasa berfikiran positif untuk perkembangan dirinya. 

Beliau tidak kesal dilahirkan sebagai OKU malah gelaran OKUlah yang menaikkan semangatnya untuk berjaya dalam bidang akademik dan memberi semangat kepada ramai OKU di luar sana supaya terus berusaha untuk berjaya. 

Rasa kecewa dan putus asa tidak harus ada dalam kamus hidup orang-orang OKU. 

Sebaliknya mereka mesti menunjukkan satu contoh yang baik dan pencapaian terbaik dalam hidup supaya masyarakat akan memandang tinggi pada gologan OKU. - KitaReporters

17
2
1
0
0
You will be interested