Insan & Komuniti 22 Oct, 2020

Tolong kami! Bantu sara rumah anak yatim miskin Kuala Langat

@isa ramli
Penglibatan sebagai wartawan 23 tahun mulai 1984 dan bersara awal 2005 . Jawatan terakhir Penolong Kanan Ketua Penyunting Utusan Melayu di Syarikat Utusan Melayu (M) Berhad. Penyumbang beberapa majalah, media eletronik dan cetak.

Share this
HIDUP dalam suasana kesusahan dan serba kekurangan antara realiti yang meyelubungi keadaan kehidupan harian sebilangan anak-anak yatim miskin. Rata-rata antara mereka sudah lali serta biasa dengan cara hidup sedemikian. Ingat lagi kepada lagu P Ramlee: "Tolong kami, bantu kami, kami anak-anak yatim piatu."?? : KitaReporters


Mohamad Yunus (kiri) menerima sumbangan bantuan kewangan dari Hasnol Baharuddin untuk pengurusan Rumah Anak Yatim Miskin Daerah Kuala Langat di Kampung Buaya, Banting, Kuala Langat,Selangor. - Kredit foto: PKM DUN Morib.

Lagi cerita-cerita berkaitan anak yatim:
https://kitareporters.com/search?search=anak+yatim
Begitu juga keadaannya dengan anak-anak yatim miskin yang menjadi penghuni rumah anak yatim di daerah Kuala Langat Selangor. Aspek kekurangan dalam hidup mereka tidak menjadi masalah besar, sebaliknya tetap bersyukur dan berterima kasih dengan apa yang ada dalam menjalani kehidupan seharian.
Sehubungan itu, orang ramai terutama golongan berkemampuan termasuklah orang perseorang, tokoh korporat, badan-badan kebajikan mahupun organisasi tertentu dapatlah menghulur bantuan tidak kira dalam bentuk kewangan mahupun  barangan keperluan bagi anak-anak yatim berkenaan.

Pengerusi, Pertubuhan Anak-Anak Yatim Miskin Daerah Kuala Langat, Mohamad Yunus Mansor memohon dan berharap masyarakat terutama di daerah Kuala Langat dapat menyumbang bagi membantu kehidupan anak-anak yatim miskin berkenaan menjalani kehidupan harian dengan lebih baik.

Buat masa ini, katanya, seramai 38 orang anak yatim dan miskin berumur antara 6 hingga 18 tahun di rumah pertubuhan itu yang terletak di Kampung Sungai Buaya, Banting, Kuala Langat.
"Mereka yang tinggal di sini bukan sahaja anak-anak yatim tetapi ada antaranya dari keluarga miskin dan mempunyai latar belakang kisah kehidupan tersendiri," ujarnya semasa menerima kunjungan Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Morib, Hasnul Baharuddin ke rumah anak yatim miskin berkenaan.
Pihak pertubuhan, katanya, selain menyediakan rumah tempat anak-anak yatim miskin itu tinggal dan makan minum juga membiayai persekolahan mereka dari peringkat sekolah rendah hingga ada yang ke kolej vokasional.
Beliau memberitahu, pihaknya sehingga ini terpaksa menanggung kos operasi bagi semua anak yatim miskin berjumlah lingkungan RM25,000.00 sebulan.

Mohd. Azhari Sulaiman (dua dari kanan) menerima sumbangan peruntukan daripada Hasnol Baharuddin bagi membiayai projek aktiviti sekolah sepanjang tahun di Sekolah Rendah Agama, Permatang Pasir.

Sehubungan itu, lebih-lebih lagi semasa Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang dikuatkuasakan di Selangor sekarang diharap ada pihak prihatin sudi menghulurkan bantuan bagi meringankan beban dihadapi pihak pengurusan rumah tersebut.
"Kami ucapkan terima kasih kepada semua pihak yang membantu menyalurkan apa juga bentuk sumbangan dalam usaha  meringankan beban ditanggung dalam menguruskan rumah anak yatim miskin ini," katanya.
Sempena kunjungan itu, Hasnol turut menyumbang RM5,000 bagi tujuan membantu pengurusan Rumah Anak Yatim Miskin Kuaa Langat dengan meringankan beban dihadapi terutama ketika musim PKPB sekarang.

Hasnol Baharuddin menyampaikan cek peruntukkan bantuan bagi membiayai projek kegiatan sekolah di Sekolah Kebangsaan Kelanang yang diterima oleh salah seorang wakilnya.

Berikutan sumbangan yang diterima, Mohamad bagi pihak pengurusan melahirkan rasa syukor dan gembira kerana melalui bantuan itu sangat bermakna hingga mampu membantu meringankan beban ditanggung.
Sementara itu, menurut catatan yang terpapar dalam media sosial Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) DUN Morib, Hasnol dalam khidmat sosialnya turut menyumbang sejumlah peruntukan kepada Sekolah Rendah Agama (SRA) Permatang Pasir dan Sekolah Kebangsaan Kelanang, Kuala Langat bagi membiayai program sekolah sepanjang tahun.
Beliau juga turut meyalurkan peruntukan kepada Pertubuhan Wanita Leena Selangor bagi membolehkan pertubuhan itu meningkatkan aktiviti untuk faedah ahli dan masyarakat setempat.
Dalam pada itu, ADUN Morib ini juga turut mengadakan program ziarah prihatin bagi penduduk di sekitar kawasannya selain menyumbang kuih bakul kepada masyarakat Tionghua bersama Ahli Parlimen Kuala Langat, Dato' Dr. Xavier Jayakumar. - KitaReporters

Hasnol menemui salah seorang warga emas berbangsa tionghua semasa program ziarah prihatin .


Wakil Persatuan Wanita Leena Selangor menerima bantuan peruntukan daripada Hasnol Baharuddin bagi tujuan kegiataan persatuan itu.

2
0
0
0
0
You will be interested