Insan & Komuniti 20 Oct, 2020

Beli air 2 lori besar! Ebit Lew agihkan air kepada penduduk!

@yati yazid
Pernah bertugas sebagai wartawan di Utusan Malaysia. Masih mewarnai dunia penulisan sehingga kini.

Share this

MASALAH air bukan perkara baharu di Selangor, saban tahun ‘gangguan’ itu pasti muncul berkali-kali. Ada sahaja alasan yang menyebabkan pencemaran air berlaku di negeri paling kaya di Malaysia ini. Sebagai rakyat, terpaksalah reda dengan ketentuan itu, tapi lebih menyedihkan melibatkan warga emas yang terpaksa beratur panjang demi mendapatkan bekalan air bersih. : KitaReporters



Lagi cerita-cerita berkaitan Ustaz Ebit Lew:

https://kitareporters.com/search?search=ebit+lew


Menyedari kesukaran berkenaan, penceramah bebas Ustaz Ebit Lew tampil membantu mereka yang memerlukan. Lebih membanggakan ustaz kesayangan ramai itu sanggup membeli air guna dua lori besar untuk diagihkan kepada mereka yang memerlukan.

Masya-Allah…Sampai tahap beli lori  air, baiknya ustaz!!!



Ustaz kelahiran Muadzam Shah, Pahang itu berkata, dia sayu selepas mendapat tahu ramai yang berdepan masalah bila ketiadaan air.

 “Sayu hati rasa. Selangor tiada air. Saya beli air 2 lori besar untuk diagihkan. Dari 10malam kami keluar rumah uruskan sampai subuh dan sekarang masih belum selesai mengagihkan air di area pinggiran Batu Caves.,” kongsinya dalam Instagram miliknya.

Namun biarpun membantu orang ramai yang berdepan kesukaran, beliau tetap mengutamakan keluarga dan membelikan keperluan berkenaan sebelum ‘berjuang’  kepada orang lain.

Katanya, lagi dia terbayang kesukaran warga emas yang terpaksa bergerak untuk mendapatkan air.

“Bila saya tengok rumah saya tiada air. Saya cepat-cepat belikan air mineral untuk anak-anak. Saya fikir macam manalah orang di luar sana. Ya Allah. Sekali tengok orang beratur. Paling sayu pak cik mak cik tua-tua nak air. Ada yang saya minta pembantu saya bantu angkatkan," tulisnya.

WALAUPUN sering turun padang menghulurkan bantuan tetapi keluarga tetap menjadi keutamaannya. - Kredit foto: Instagram @ebitlew.


“Ada adik kecil-kecil sangat datang ambil air. Untuk masak dan minum agaknya. Ramai yang muda bantu yang tua. Pengerusi flat dan AJK semua kuat membantu bersama AJK surau. Ya Allah. Bantulah semua negeri yang ada masalah air permudahkanlah ya Allah. Bukalah jalan buat kami semua,” kongsinya lagi.

Dalam masa sama bapa kepada tiga cahaya mata itu turut memohon orang ramai terus mendoakan supaya masalah yang dialami hari ini tidak berkekalan dan dapat diselesaikan dengan cepat.


TAK SANGGGUP melihat sendiri kesengsaraan masyarakat yang susah, membuatkan Ustaz Ebit semakin kuat mahu membantu orang ramai.


Malah beliau juga berharap niat murni untuk membantu mereka yang memerlukan juga dipermudahkan.

“Pohon doa yer. Ramai sangat yang minta tolong. Ada pusat dialisis dan klinik pun memerlukan. Insya-Allah doakan semuanya dimudahkan,” katanya lagi.

Semoga kebaikan dan niat ikhlas yang dihulurkan Ustaz Ebit itu diberkati Allah.

Terima kasih Ustaz.. jasamu akan dikenang! : KitaReporters




8
2
0
0
0
You will be interested