Si anak melihat keadaan ayahnya yang sedang nazak setelah selesai diijab kabul. - Kredit foto: Dari paparan video TikTok @tentang_hujan.
SEORANG pesakit yang sedang nazak mengemukakan permintaan terakhir untuk melihat majlis akad nikah anak perempuan bongsunya sebelum dia meninggal dunia.
Lagi kisah-kisah menarik berkaitan pernikahan:
https://kitareporters.com/search?search=pernikahan
Pihak keluarga dihubungi, begitu juga pihak pejabat agama dan tunangnya. Ijab kabul pun dilakukan di sebelah katil hospital ayahnya yang sedang tenat itu.
Pihak hospital memberi kebenaran untuk akad nikah dalam wad.
Dan sesuai dengan protokol kesihatan Covid-19, hanya pasangan pengantin, jurunikah dan dua saksi dibenar masuk. Sementara anggota keluarga hanya dibenar melihat daripada tingkap pintu wad.
Beberapa minit setelah ijab kabul dijalankan, si bapa pun meninggal dunia.
Peristiwa sayu yang sepatutnya berlangsung meriah itu dirakam dalam video yang dimuat naik oleh pengguna TikTok tentang_hujan @vha quenza Alghazali, pada Rabu, 3 Mac 2021, hingga mendapat perhatian ribuan pengguna media sosial.
"Kini ayahnya tercinta meninggal dengan tenang dan sudah menyelesaikan tanggungjawabnya sebaik ayah kepada anak-anaknya, tenang di syurga sana, pak.
“Kita semua baharu sedar selama bapa dirawat, bapa tidak pernah mahu melihat ke kanan, tapi cuba perhatikan ketika anak perempuannya bernikah, dia menoleh ke kanan.
"Dan si bapa melihat anak perempuannya yang paling bongsu nikahi lelaki yang insya-Allah mampu menjaganya dunia akhirat. Si bapa sudah tenang, si bapa sudah bahagia. Terima kasih sudah memberikan saya kesempatan merawat si bapa ketika berada di hospital," tulis vha quenza Alghazali @ tentang_hujan dalam postingannya itu.Vha quenza Alghazali merupakan seorang petugas di sebuah hospital di Balikpapan, Kalimantan Timur.
Dalam video, vha quenza menyatakan si bapa yang sudah tenat ingin melihat anak perempuan terakhirnya menikah.
Pihak keluarga si anak dan pasangannya melakukan penikahan mengejut dengan majlis akad dijalankan dekat katil hospital si ayah. Pernikahan sepatutnya dijalan beberapa bulan lagi.
Menurut si anak ketika menggantikan lampin si ayah, orang tua itu menyatakan usianya tidak lama lagi dan menyatakan hendak melihat di depan mata dia bernikah.
Demi menunaikan permintaan terakhir si ayah, si anak meminta keluarga mengadakan akad nikah pada hari yang sama juga dan menghubungi tunangannya.
Dengan kebenaran pihak hospital kerana pandemik Covid-19, hanya kedua-dua mempelai, jurunikah dan saksi dibenar masuk ke dalam wad, sementara pihak lain hanya melihat daripada tingkap pintu.
Dan tidak lama setelah ijab kabul dijalankan, si bapa pergi untuk selama-lamanya.
Ia merupakan suasana yang amat tragis yang membuatkan wha quenza mengalirkan air mata selama bertugas di hospital itu.
Postingan yang dimuat naik mendapat perhatian daripada pengguna media sosial (medsos). Ramai yang turut terharu dan ikut merasakan kesedihan, yang dialami dalam situasi itu. - KitaReporters