Insan & Komuniti 21 Jun, 2022

Video| Derita seorang isteri! Rayu suami azankan bayi dilahirkan! Tapi dia hilang bersama kekasih!

@adnan mohamad
Berpengalaman dalam bidang penulisan selama lebih 22 tahun sebagai wartawan bermula di akhbar Berita Harian selama lebih lima tahun kemudian di akhbar Utusan Malaysia serta Kosmo dan lima kali mendapat anugerah kewartawanan peringkat negeri Terengganu. Emel: [email protected]

Share this


HATI isteri mana tidak merasa sedih serta sangsara apabila suami yang tersayang bukan sahaja tidak menjenguk semasa wanita itu berada di hospital malah lelaki itu mengambil kesempatan untuk keluar berseronok-seronok dengan kekasihnya sewaktu isterinya bertarung nyawa hendak bersalin.

Apa yang menyedihkan juga, isterinya menghantar WhatsApp kepada suami supaya datang ke hospital untuk mengazankan bayi yang baru dilahirkan itu tetapi tiada sebarang jawapan daripada suaminya.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan kisah ibu bersalin

 

 


Kisah pilu daripada seorang isteri ini dimuat naik dalam media sosial melalui akaun TikTok @_nabielaa.maaseh untuk tatapan netizen agar wanita lain tidak menjadi mangsa seperti dirinya yang begitu hina di sisi seorang lelaki yang bergelar suami.

Dalam video berkenaan baru-baru ini, memperlihatkan seorang wanita dipercayai bernama Nabielaa Maaseh menunjukkan WhatsApp yang ditulisnya untuk dihantar kepada suaminya. 

Ternampak juga Nabielaa mengirim foto bayi pertama yang baru dilahirkannya itu kepada ayah di bayi selain memberitahu suaminya anaknya dalam keadaan sihat.

Serentak itu, Nabiella meminta suaminya supaya membuat video call untuk mengazankan bayi mereka.

‘’Mintak tolong video call ye, azankan baby nanti.

‘’Itu sahaja yang saya minta biar, dia (baby) dengar suara azan ayahnya sendiri,’’ tulis Nabiellaa.


 


Selepas berjam-jam menunggu suaminya yang tidak kunjung tiba di hospital lalu menyebabkan wanita itu terpaksa minta tolong dengan orang lain bagi mengazankan bayinya.

Dipetik dari laporan portal Tribunnews.com menceritakan Nabiellaa mengaku sejak mula bernikah lagi, suaminya telah berlaku curang terhadapnya serta mengabaikan tanggungjawabnya.

Malah, sejak dia mengandung sehingga melahirkan anak, dia diperlakukan oleh suaminya bagaikan seorang peminta sedekah yang terpaksa mengemis bagi mendapatkan kasih sayang daripada suaminya. 

Sebagai seorang isteri, katanya, dia sentiasa mengharap kasih sayang serta perhatian daripada suaminya setiap masa.



Wanita itu menulis dalam video itu, dia dan suaminya saling mengenali pada 2020 kemudian mereka berkahwin pada 2021 dan selepas itu mereka berpisah 2022 setelah Nabiella bersalin.

‘’Tetapi apakan daya,nasib malang yang menimpa ke atas diri saya serta anak yang tidak berdosa, walaupun sebelum ini saya sentiasa berdoa kepada tuhan supaya dia menjadi seorang suami yang bertanggungjawab,’’ kata Nabiellaa.

Sejak bersalin, wanita itu juga mengaku tidak pernah berkomunikasi dengan suaminya dan apatah lagi semasa mengandung dia tidak pernah mengambil tahu tentang bayi yang dikandungnya.

Tetapi, suaminya datang hanya sekali berjumpa dengannya di Kelantan untuk menguruskan sijil kelahiran anaknya sambil melihat anaknya dalam masa sejam.



Kini masalah rumah tangga pasangan suami isteri itu berterusan sehingga mereka gagal mengecapi kebahagiaan seperti pasangan lain yang mereka akhirnya mencari jalan terbaik untuk bercerai.

‘’Saya berjanji, selepas ini, anak saya tidak akan mencari atau menganggu kehidupan ayahnya.

‘’Saya juga tidak berniat untuk mengaibkan bekas suami saya tetapi apa yang saya paparkan melalui akaun TikTok saya ini sebagai memberi pengajaran kepada wanita lain supaya berhati-hati memilih pasangan hidup agar tidak terjadi seperti diri saya,’’ ujar Nabiella. - KitaReporter


7
6
1
17
1
You will be interested