Dalam IG-nya, Rosyam memaparkan foto dari satu ciapan Twitter yang mendakwa bahawa pasar rayanya, ST Rosyam Mart menyebar wabak Covid-19.
Dalam twitter itu, pemilik akaun berkenaan meminta penduduk di Setiawangsa tidak mengunjungi ST Rosyam Mart.
Dalam Twitternya, dia mendakwa kawan adiknya positif Covid-19 dipercayai terjangkit semasa berada di Rosyam Mart.
Berikut adalah tulisan penuh dalam Twitter tersebut :
"Dalam WA group (20/05, 18.58) Geng setiawangsa jgn pi rosyam mart, kawan adik aku dpt covid from sana (20/05, 18.58) Confirmed kwn adik aku positive today, suspect from from rosyam mart la.
Rosyam Noor mart ni confirmed ramai org, lagi2 nak rayani kan. Hati hati jiran Setiawangsa. Kalau boleh avoid dtg sini beramai ramai, please observe new normal, social distancing, sanitise n wear your facemark."
Bagaimanapun akaun Twitter berkenaan sudah tidak dapat diikuti kerana sudah menjadi ‘private’.
Menurut Rosyam, jika ST Rosyam Mart mempunyai gejala Covid-19, pihak Kementerian Kesihatan (KKM) akan membuat siasatan dan bertindak.
Katanya, Standard Prosedur Operasi (SOP) di Malaysia antara terbaik di dunia dan ST Rosyam mart mengikut SOP seperti penjarakkan sosial serta menjual pada harga yang wajar.
Sementara itu, Rosyam juga sempat mengucapkan Selamat Hari Raya ‘Lockdown’ kepada para peminat dan pelanggannya sempena Hari Raya Aidilfitri tahun 2020 ini. - KitaReporters
@irosyamnor : MAAF ZAHIR BATIN buat semua sahabat followes IG saya. Kita bersahabat di alam maya. Pasti juga ada kesilapan jua kesalahan sepanjang perkenalan di Alam Maya ini. Saya menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf.