Insan & Komuniti 19 May, 2020

Lelaki maut terjatuh pokok kelapa! Ketika kerja petik buah!

@mohammad ishak
Bekas penulis Kumpulan NSTP selama 35 tahun sebelum bersara pada Oktober 2018 dan berkhidmat di Terengganu. Pernah membongkar peristiwa sembahyang dua imam dalam satu kampung di Daerah Besut selain perkampungan Kerajaan Langit Ayah Pin.Menyertai Kitareporters Feb [email protected]

Share this

MALANG tidak berbau... Seorang pemetik kelapa menemui ajal selepas terjatuh dari pokok kelapa di Kampung Padang Serai, Guntung, Setiu di Terengganu, Mangsa dikenali sebagai Azmin Abdullah, 39, yang tinggal di Kampung Saujana, Setiu dipercayai tersilap langkah ketika memetik kelapa di pokok berkenaan lalu terjatuh. : KitaReporters

Mayat mangsa warga Thailand yang ditemui meninggal dunia di bawah pokok kelapa


Lelaki warga Thailand itu bersama seorang rakan dikatakan  pergi ke kampung itu untuk menjalankan aktiviti memetik kelapa.

Ketua Polis Daerah Setiu, Deputi Superintendan Affandi Hussin ketika mengesahkan kejadian itu berkata, kejadian berlaku kira-kira 10 pagi, Isnin 18 Mei 2020.

Katanya, mangsa dipercayai terjatuh dari pokok kelapa setinggi enam meter menyebabkan kecederaan teruk pada bahagian kepala.

"Sebelum kejadian mangsa telah ditinggalkan berseorangan oleh rakannya di kawasan kebun kelapa itu untuk melakukan kerja memetik buah," katanya.

Lokasi kejadian seorang pemetik kelapa yang ditemui meninggal dunia akibat terjatuh dari pokok kelapa


Bagaimanapun, katanya, kira-kira jam 2 petang, mangsa ditemui penduduk kampung berkenaan terjatuh dari pokok dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Katanya, mayat mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Daerah Setiu.

"Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR)," katanya. - KitaReporters

4
7
35
1
2
You will be interested