Insan & Komuniti 23 Jan, 2021

Kerinduan seorang isteri! Apabila Deva Rachman rindu Syekh Ali Jaber, dia ngadu kepada Allah

@adnan mohamad
Berpengalaman dalam bidang penulisan selama lebih 22 tahun sebagai wartawan bermula di akhbar Berita Harian selama lebih lima tahun kemudian di akhbar Utusan Malaysia serta Kosmo dan lima kali mendapat anugerah kewartawanan peringkat negeri Terengganu. Emel: [email protected]

Share this

DEVA Rachman bersama Syekh Ali Jaber. - Kredit Foto : Twitter Deva Rachman 


``KETIKA yang tercinta pergi, ke mana harus mengucapkan rindu? Kepada Allah. Takdir itu indah, semua sudah tertulis 50,000 tahun sebelum bumi diciptakan.

``Jangan terlalu bersedih, kerana Allah benar. Tiket kita sama, insya-Allah kita PASTI bertemu lagi, Alhamdulillah.’’ Begitulah luahan Deva Rachman, 40, isteri kepada seorang pendakwah tersohor di Indonesia, Allahyarham Syekh Ali Jaber yang meninggal dunia pada 14 Januari 2021 lalu.


Lagi kisah-kisah menarik berkaitan pendakwah:

https://kitareporters.com/search?search=pendakwah



SYEKH ALI JABER 


Kredit foto: Brillo.net


Tersentuh hati apabila membaca keluhan serta rintihan Deva itu disuarakan dalam akaun Twitternya pada Ahad, 17 Januari 2021 berserta foto suami yang tersayang itu. 

Bagi Deva Rachman yang merupakan isteri kedua kepada Syekh Ali Jaber berusia 44 tahun melalui tulisan itu dalam akaunnya mengambarkan betapa sayang serta rindu dirinya terhadap Allahyarham yang sentiasa bertahta di hatinya sehingga akhir hayat Deva.


DEVA Rachman banyak membantu Almarhum Syekh Ali Jaber dalam melaksanakan program dakwah Islam di Indonesia. - Kredit foto: Internet


Duka lara yang terpahat di hati sanubari Deva seorang isteri yang soleh kemungkinan dia bermaksud akan memperbanyakkan lagi amalan ibadat serta bacaan al-Qurannya kemudian diserahkan kepada Allah untuk disedekahkan kepada roh suaminya.

Kasih serta sayangnya juga yang bukan sengaja diadakan itu sebaliknya ternyata ia sukar digambarkan dengan lukisan serta sukar diperkatakan dengan perkataan adalah untuk melepaskan rindunya terhadap ulama itu selain menjadi contoh kepada isteri-isteri lain yang kematian suaminya. 

Kata-kata dalam media sosialnya seperti  itu mendapat balasan yang turut bersimpati dari seorang pembaca bernama FathRizieq dengan ayatnya berbunyi begini.


Kredit Foto : Twitter Deva Rachman 


``Assalamualaikum… Salam kenal Mbak Deva… Sungguh saya terharu... insya Allah dipertemukan di jannah. Aamin…Sabar dan Ikhlas… Semua sudah terbaik takdir Allah,’’ FathRizieq. 

Sebelum itu, selepas Syekh Ali Jaber menghembuskan nafasnya yang terakhir pada pukul 8.38 Waktu Indonesia Barat (WIB) setelah beliau dirawat selama 19 hari di Rumah Sakit Yarsi, Cempaka Putih, Jakarta akibat negatif Covid-19, Deva telah mengukir ucapan kesedihan dalam Twitternya sebagai mengiringi pemergian arwah suaminya. 

``Selamat jalan, sayangku Syaikhuna Ali Jaber…. sampai bertemu di jannah insya Allah… aamin. Ahlul jannah, ahlul quran,’’ Kata Deva yang berkahwin dengan Allahyarham pada 2017, manakala isteri pertamanya bernama Umi Nadia yang dinikahkan pada 2008 di Lombok, Nusa Tenggara Barat.


Kredit foto: Okezone Celebrity


ALLAHYARHAM Syekh Ali Jaber mendukung anak kesayangan.


Deva Rachman yang merupakan anak bongsu daripada tiga beradik iaitu anak Arief Rachman mempunyai kelulusan Sarjana Sains Politik dan Psikologi di sebuah universiti di Indonesia pada 1994 hingga 1998 dan pernah menjawat beberapa jawatan terpenting di jabatan kerajaan di negara republik itu. 

Syekh Ali Jaber yang nama penuhnya Syekh Ali Saleh Mohammed Ali Jaber dilahirkan di Madinah, Arab Saudi pada 3 Februari 1976 adalah seorang pendakwah dan ulama yang terkenal di Indonesia dan beberapa negara lain. 

Selain itu, beliau juga pernah menjadi juri dalam pertandingan Hafiz al-Quran di negara itu di samping Allahyarham turut muncul dalam program keagamaan di televisyen Indonesia. - KitaReporters


8
12
13
3
6
You will be interested