Insan & Komuniti 08 Aug, 2020

Fasha Sandha selamat bersalin! Aidil Aziz ambil cuti sebulan

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this

GEMBIRA dengan kehadiran orang baharu dalam keluarga mereka, suami Fasha Sandha, Aidil Aziz memberitahu, dia akan mengambil cuti selama sebulan untuk menjaga dan menemani Fasha berpantang. “Alhamdulillah Baby A selamat dilahirkan dan sihat. Syukur ya Allah di atas rezeki ini. Terima kasih isteriku di atas kandungan selama ini,” tulis Aidil. : KitaReporters

Wajah bayi yang dilahirkan dan Fasha sandha sedang menahan kesakitan bersalin. - Kredit foto: IG iamaidilaziz


Lagi cerita-cerita mengenai Fasha Sandha:

https://kitareporters.com/search?search=fasha+sandha


Pagi Jumaat, 7 Ogos 2020 tadi,  pelakon Nur Fasha Sandha Hassan atau Fasha Sandha, 36, selamat melahirkan bayi perempuan. Berita gembira itu disampai oleh suaminya, pelakon Aidil Aziz, 33, dalam Instagramnya @itsmeaidilaziz.

Instagram itu turut memuat naik gambar Fasha menahan sakit dan gambar bayi yang dilahir. Fasha dimasukkan ke hospital semalam, Khamis 6 Ogos 2020 dan terpaksa menunggu hampir 12 jam untuk bersalin secara pembedahan.

Keadaan Fasha ketika menahan sakit pada 6 Ogos 2020.


“Alhamdulillah ‘Baby A’ selamat dilahirkan & sihat. Syukur Ya Allah. Alhamdulillah di atas rezeki ini. Terima kasih isteriku @fashasandha di atas kandungan selama ini. I cuti sebulan jaga & teman u berpantang ok🤗😘.

"Terima kasih kepada semua yang tidak putus2 mendoakan utk kami. Semoga Allah perluaskan lagi rezeki kalian..🤲Aminn, “ tulis Aidil dalam IG-nya.

Gembira dengan kehadiran orang baharu dalam keluarga mereka, Aidil berkata, dia akan mengambil cuti selama sebulan untuk menjaga dan menemani Fasha berpantang.

Bayi ini baru digelar Baby A


Fasha, dan Aidil mendirikan rumah tangga pada 30 Mac 2019 dan pada Jun 2019 lalu, Fasha pernah mengalami keguguran.

Sementara itu, menerusi perkahwinan pertamanya bersama Rizal Ashram Ramli atau Jejai pada 2012, Fasha dikurnia dua cahaya mata iaitu Putra Rayfal Ramli, 7, dan Putri Raysha Jemyma, 6. Kedua-dua anak tirinya diterima baik oleh Aidil yang sudah dianggap sebagai anak kandungnya.

Sejak sambutan Aidilfitri lalu, Fasha sudah memakai tudung dan peminatnya berharap dia akan kekal berhijrah. - KitaReporters 

Fasha, Aidil dan anak-anak mereka

5
0
0
0
0
You will be interested