Kisah Insan 30 Jul, 2020

Video 2 Jam nggak ngapa-ngapain tular! Ya! Tak buat apa-apa!

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this
MENJADI penyedia bahan kandungan untuk media sosial YouTube yang dipanggil Youtuber adalah salah satu cara mencari sumber pendapatan. Semakin banyak sesuatu bahan YouTube ditonton, semakin banyak sumber pendapatan diterima. Justeru, para Youtuber perlu mencari bahan sesuai untuk ditonton. : KitaReporters 

Lelaki dikenali sebagai Didit Delon tular apabila memuatkan videonya tidak bergerak selama 2 jam 20 minit. - Kredit foto: Detik.com



Seorang Youtuber di Indonesia punya cara tersendiri agar tontonan videonya tular. 

Youtuber ini hanya menayang perbuatannya tidak bergerak selama 2 jam 20 minit depan kamera video

Video ini yang dimuat naik oleh pemilik akaun Sobat Miskin Official memperlihatkan seorang lelaki yang duduk di ranjang biliknya tanpa melakukan gerakan apapun.

Dalam video berdurasi 2 jam 20 minit itu, si lelaki tidak bergerak sedikit pun, kecuali hanya matanya yang sesekali berkedip.

Uniknya, video yang dimuat naik pada 10 Julai 2020 menjadi viral dan telah ditonton oleh lebih 1.6 juta kali.

Sesuai dengan kandungannya, video itu diberi tajuk  '2 Jam nggak ngapa-ngapain' (2 jam tidak buat apa-apa).

Lelaki itu dikenali sebagai Didit Delon.

Banyak netizen yang kemudian memberi komentar terhadap video tular milik Didit itu.

Mereka mengaku kagum dengan idea luar biasa Youtuber itu yang dianggap sangat luar biasa, tidak terfikir orang ramai  hingga tidak pernah terfikir oleh orang ramai.

"Dia adalah seorang genius. Dengan tidak melakukan apa-apa, dia sebenarnya melakukan sesuatu. Masuk akal bukan?" komen salah seorang netizen.

"Orang ini:  Benar-benar tidak melakukan apapun selama 2 jam dan mendapat 1.2 juta penonton:' Menarik'," komen netizen lain.

Kredit video: Sobat miskin

You will be interested

Infak gelang emas RM6k bantu aktiviti dakwah! Air mata Ustazah Asma tumpah pada pagi Ramadan!

Keikhlasan seorang ibu tunggal infakkan harta kesayangan untuk bantu kerja-kerja dakwah tinggalkan kesan mendalam hingga menitiskan air mata Ustazah Asma Harun

Isa Ramli in Kisah Insan 1 day ago

Ibadat haji 1442H: Arab Saudi belum buat keputusan muktamad! Tentukan jenis vaksin untuk jemaah

Kerajaan Arab Saudi masih belum buat sebarang keputusan mengenai ibadah haji 1442M/2021H termasuk jenis vaksin yang akan digunakan untuk jemaah - Dr Zulkifli
Isa Ramli in Kisah Insan 3 hours ago

Berita Terkini| Siti Nurhaliza selamat bersalin anak lelaki! Alhamdulillah kini dah sepasang!

Siti Nurhaliza selamat lahirkan anak kedua, bayi lelaki seberat 3.84kg melalui kaedah pembedahan di sebuah pusat perubatan di Selangor pada pagi 19 April 2021
News Editor 1 in Kisah Insan 10 hours ago

Keharmonian kaum dalam perangi wabak Covid-19! 11 NGO Cina Kelantan sumbang bantuan tambahan!

Pusat Kuarantin, Rawatan Covid-19 di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (PUTIK) Kota Bahru terima sumbangan tambahan 75 tilam, bantal daripada 11 NGO Cina Kelantan
Rosdi Ismail in Kisah Insan 18 hours ago

Video| Tertarik dengan cara iklan cari kerja! Lelaki bermotosikal terus ditemu duga tepi jalan!

Seorang lelaki buat iklan "Perlukan!!! Apa Sahaja Kerja" (Butuh!!! Pekerjaan Apa Saja) gunakan kertas tebal (kertas kotak) yang digantung pada belakang badannya
Isa Ramli in Kisah Insan 1 day ago