Insan & Komuniti 13 Jan, 2021

Video| Allahu! Rintihan nenek paling sebak! Satu keluarga positif Covid-19 dijemput ambulans!

@yati yazid
Pernah bertugas sebagai wartawan di Utusan Malaysia. Masih mewarnai dunia penulisan sehingga kini.

Share this

PENINGKATAN kes positif Covid-19 setiap hari sejak akhir-akhir ini sangat membimbangkan dan semakin ‘ganas’ membuatkan kerajaan terpaksa mengembalikan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) atau PKP 2.0 bagi mengekang peningkatan kes berkenaan. : KitaReporters




Lagi kisah-kisah sedih berkaitan positif Covid-19:

https://kitareporters.com/search?search=positif+covid-19


Terbaharu perkongsian seorang pemuda, Muhamad Ikmalul Iktimam @khalifahhelang dalam Instagram miliknya mengenai kisah keluarganya apabila seorang demi seorang ahli keluarga dijemput dengan ambulans selepas disahkan positif Covid-19.

Lelaki berasal dari Kelantan itu memberitahu tujuh daripada lapan ahli keluarganya positif Covid-19.

Malah dia mengaku sayu tatkala satu demi satu ahli keluarganya memegang beg sambil menuju ke ambulans untuk menjalani fasa kuarantin.



Lebih sayu keadaan neneknya yang sudah berusia turut menjalani pemeriksaan swab sangat meruntun hati.

Kongsi Ikmalul semua ahli keluarga terpaksa dihantar ke hospital selepas disahkan positif.

“Papa ke hospital tumpat.. Umi dan abecik thaqif bersama saya di Dewan Jubli Perak, KB.. Kak ngah wisya bersama menemani mek di HRPZ.. Abe teh Amsyar di hospital Pasir Puteh.. Adik Una quarantine kendiri di rumah tokma sementara menanti swab test kedua.

“Berpisah kami buat sementara untuk merawat penyakit COVID-19 ini.. Semoga umi dan papa baik baik dan tenang memikirkan ujian ini.. Semoga kak ngah diberikan kekuatan untuk jaga mek secara sendiri di hospital," kongsinya penuh sayu.



Lebih meruntun hati apabila Ikmalul berkongsi kisah neneknya yang berusia 89 tahun dipanggil Mek yang sudah nyanyuk dan terpaksa dilayan seperti anak kecil.

Ikmalul juga tidak dapat menahan sebak apabila sebaik melihat rakaman Mek yang diusung menaiki ambulans.



Lebih menyayat hati apabila neneknya itu merintih menahan kesakitan ketika melakukan swab.

Allahu..sedihnya!

“Mek kami istimewa, dia sudah berusia dan lupa, merawatnya persis merawat seorang bayi kecil.. Besar jihad kak ngah wisya kali ni. Ketika melihat video ini, mendengar mek kata ‘sakit sakit sakit’.. Luluh hati saya, ya Allah sungguh besar ujian kali ini,” kongsinya lagi.



Dalam masa sama, Ikmalul bersyukur kerana ramai yang mendoakan dirinya selain memberi semangat kepada dia sekeluarga.

Semoga ujian yang diberikan membuatkan Ikmalul dan keluarga lebih kuat.

Ingatlah pesan Ustaz Ebit Lew setiap ujian yang hadir itu tanda Allah sayang.

Didoakan semoga ahli keluarga Ikmalul segera bebas daripada wabak ‘yang tidak diundang’ secepat mungkin. - KitaReporters


 

2
0
12
0
0
You will be interested