Insan & Komuniti 02 Jul, 2020

Dulu dibantu RM60! Kini sedekah 500kg ikan! - Uncle Kentang

@amirul
Pernah berkhidmat sebagai wartawan. Meminati bidang pertulisan dan akan terus menulis selagi mana ada peluang dan ruang.

Share this

NAK kaya, jangan kedekut untuk bersedekah!! Kalau masih ada sifat itu, ubahlah kerana dengan sedekah ia dapat membantu memurahkan lagi rezeki kita. Nama Kuan Chee Heng atau femes dengan nama Uncle Kentang sememangnya amat dikenali dengan sifat suka membantu mereka yang berada dalam kesusahan. : KitaReporters

Kredit foto: FB Kuan Chee Heng


Mana taknya, begitu ramai orang susah sudah dibantu oleh beliau tanpa mengira siapa kamu, apa agama dan bangsa kamu. Salute Uncle Kentang!!!!

Jika nak senaraikan kebaikan itu, terlalu banyak. 


Kredit FB Kuan Chee Heng 


Dalam posting Uncle Kentang dalam FB, beliau terkejut pada masa sama gembira dengan apa yang diterima. Siapa tak terkejut tiba-tiba dapat panggilan tidak dikenalikan untuk beri sedekah

"Beri RM60 dibalas 500 kilo ikan segar."

Siapa sangka orang yang kita bantu sebelum ini ketika COVID-19, orang itu ingin membalas kembali kebaikan Uncle Kentang, tetapi kali ini dia ingin memberi lebih besar jumlahnya berbanding dengan apa yang diberikan oleh Uncle Kentang.

Kredit foto FB Kuan Chee Heng. 


Kata orang itu, beliau berjanji jika hasil tangkapan beliau baik, beliau akan sedekahkan ikan segar sebanyak 500 kilo dan mintak Uncle Kentang sedekahkan pula ikan itu kepada orang ramai.

Fuhh, baiklah!! 

Mungkin selepas ini rezeki orang itu akan lebih murah dan dipermudahkan dalam urusan tangkapan ikan.

Tengok, betulkan. Jangan takut untuk sedekah. 

Kepada orang ramai, fikir-fikirkanlah kerana duit itu tidak boleh dibawa sekali tetapi amal jariah yang akan menenami kita kelak.

Kebaikan Uncle Kentang memang tidak boleh dipertikaikan lagi dan kerana kebaikan itu jugalah ada pihak yang begitu jeles serta marah dengan kebaikan yang dilakukan oleh beliau sehingga meminta untuk beliau padam posting bantuan yang diberikan itu. 


5
2
0
0
0
You will be interested