Insan & Komuniti 30 Oct, 2021

Video| ‘Baby bump’ wanita genit 118cm jadi perhatian! Yaya bakal timang cahaya mata Feb 2022!

@fatimah itayah
Mula ceburi dunia kewartawanan sebagai wartawan akhbar. Masih banyak perlu dipelajari!

Share this


WANITA genit berketinggian hanya 118 sentimeter dari Ajil, Hulu Terengganu yang kisah perkahwinannya tular sebelum ini kini sarat mengandung dan dijangka bersalin sekitar Februari 2022.

Perkongsian video terbaharu Syakila Norazma Amira Zuharsema, 27, atau lebih dikenali sebagai Yaya menerusi akaun TikToknya, @Yaya Mekcekk, menarik perhatian nitizen kerana ‘baby bump’ sehingga mendapat lebih 10.3 juta tontonan.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan mengandung

Yaya kini sarat mengandung dan dijangka bersalin anak sulungnya pada Februari 2022. - Kredit foto: TikTok @Yaya Mekcekk


Memaparkan video dirinya di jambatan Pulau Poh, Tasik Kenyir bersama suami tercinta, Muhammad Azri Zaidi,19, bakal ibu ini kelihatan sedikit berisi kerana ‘berbadan dua’.

“Bagi cam sikit ibu nak dating dengan daddy sebelum baby keluar,” tulisnya ringkas.



Sementara itu, menjengah ke ruangan komen rata-rata netizen memuji kecomelan wanita genit ini dan turut meneka jantina bayi dalam kandungan selain mendokan Yaya dipermudahkan segala urusan bersalin nanti.


Antara komen-komen netizen dalam akaun TikTok Yaya.


“Comeynya mak buyung, baby bam tu. Bulat jew perut, semoga sentiasa dalam lindungan,” komen Esya_OFFICIAL 184.

“Ni mesti baby girl, bulat jee peyutt. Semoga baby dan ibu sihat. Dah berapa bulan tu, comell peyutt,” tulis Amoisapik3720 Amoisa.

Nazkhan pula berkata semasa pasangan berkenaan berkahwin ramai yang menunggu ingin melihat Yaya mengandung dan ternyata kecomelannya kian terserlah.


 

Yaya sewaktu menjalani pemeriksaan kehamilan di sebuah klinik kesihatan di daerah Hulu Terengganu pada Ogos 2021.



Terdahulu, pada 8 Ogos 2021,  Yaya memuat naik video berita gembira dirinya berada di sebuah klinik kesihatan menjalani pemeriksaan kehamilan setelah hamil 11 seminggu.

Dia yang berkahwin pada 18 Mac 2021 di Pejabat Agama Daerah Hulu Terengganu turut memuat naik gambarnya memegang buku ‘pink’ (rekod kesihatan ibu) serta video ultrasound.

Sementara itu, untuk info Yaya berkenalan dengan suaminya menerusi permainan dalam talian PUBG sebelum bertukar-tukar telefon sehingga terbit rasa sayang dan cinta antara satu sama lain.

Muhammad Azri yang berasal dari Kampung Machang, Ajil bersebelahan dengan Kampung Pengkalan Ajal iaitu kampung Yaya tertarik dengan keperibadian dan keyakinan Yaya lalu menyunting wanita itu menjadi permaisuri hidupnya tanpa melihat saiz fizikal.

Foto perkahwinan mereka tular dala, media sosial dan rata-rata netizen menyifatkan mereka pasangan bahagia yang unik. -KitaReporters


20
16
0
22
0
You will be interested