Insan & Komuniti 24 Apr, 2020

USTAZ EBIT NANGIS! NAK NANGIS KEPADA ALLAH!!

@mohd. hazli hassan
A Mobile Journalist (Mojo) trainer by profession but force to be a scuba diver for food. Have more than 28 years experience in the media industry. Get more info on mobile journalism and mobilegraphy at www.mymojo.my

Share this

DALAM kerancakan Ustaz Ebit Irawan Ibrahim Lew, atau Ustaz Ebit Lew membantu mereka yang memerlukan ketika arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang kini bakal memasuki fasa keempat, tidak semena-mena hari ini, Jumaat, 24 April 2020, beliau dipanggil polis Cawangan Khas (SB) Bukit Aman. : KitaReporters



Menurut status yang beliau muat naik dalam laman sosial Facebook, SB Bukit Aman telah menghubungi beliau untuk mendapatkan penjelasan sejak tengah malam semalam berkaitan beberapa bantuan yang beliau lakukan yang tular dalam media sosial beberapa hari lalu ekoran terdapat aduan.

Menurut Ustaz Ebit, walaupun ada kebenaran untuk memberi bantuan, namun atas nasihat, beliau terpaksa menghentikan pergerakan dan bantuan secara langsung setakat ini.

"Menangis dari tadi. Cuma nak menangis pada Allah. Entahlah. Tersandar rasa. Rasa penat sangat.

"Setakat ini sahajalah saya berkhidmat pada semua secara langsung. Saya cuma akan transfer duit pada orang susah. Saya teruskan dari rumah sahaja. 

"Jangan tag saya lagi kes orang susah. Nanti habis PKP baru saya cuba bantu. PKP ini saya dapat kenal siapa kawan dan siapa saja nak berlawan dengan saya," luah beliau.

Menurut Ustaz Ebit lagi, beliau tidak mahu menyusahkan sesiapa ketika melakukan kerja-kerja amal dan  penggunaan media sosial hanyalah untuk berkongsi kasih sayang dengan semua rakan.


Tambah beliau, semenjak PKP yang diumumkan kerajaan, beliau hanya berfikir mengenai penghujung hayatnya sahaja dan mahu berbuat sehabis baik membantu mereka yang dalam kesusahan.

"Saya tidak boleh tengok orang tidur atas najis atau tepi jalan. Saya nak buat sehabis baik. Beratus dah orang saya bayar penginapan dan tempat tinggal. Ramai anak susah terbiar saya dah hantar tahfiz (dan) saya bayarkan yuran mereka.

"Perniagaan saya sebenarnya sangat baik, syukur kepada Allah, rezeki melimpah ruah

"Saya belanja duit saya sendiri sejak dari dulu lagi untuk bantu orang di mana-mana. (Dan) masa PKP ni dah berjuta habis, duit saya sendiri dan lebih sejuta saya belanja masa PKP ini.

"Alhamdulillah, sekarang semakin ramai mula bersama saya dalam kerja membantu dan menyelamatkan mereka yang dalam kesusahan termasuk frontliners dan orang yang putus makanan, susu anak serta yang tiada tempat tinggal," luah Ustaz Ebit sedih.


Menurut pendakwah bebas itu lagi, ketika ini ada kira-kira 20 buah rumah dalam keadaan uzur yang tidak mempunyai air, elektrik dan hampir roboh dan perlu diberi bantuan, namun selepas dinasihatkan SB Bukit Aman, Ustaz Ebit memohon mereka agar bersabar buat seketika.

"Saya minta maaf, anak-anak kecil tu semua sabar yer tunggu lepas PKP. Rayalah begitu dulu yer," luahnya lagi.

Ustaz Ebit dalam status itu turut menyatakan semasa memberikan keterangan beliau menangis ekoran terlalu penat, namun tidak menyalahkan sesiapa malah berterima kasih kepada semua pegawai polis yang memberikan layanan yang amat baik.


"Saya bukan ahli politik. Saya buka sesiapa. (Saya) cuma Cina Islam yang sayangkan (agama) Islam dan negara Malaysia.

"Apa pun, saya tak akan berdendam dan bermusuh dengan sesiapa. 

"Saya maafkan semua, saya maafkan kerana Allah

"Saya mengadu pada Dia semua kesedihan dan kesusahan saya," katanya lagi. - KitaReporters

 

2
1
21
1
0
You will be interested