Kisah Insan 16 Apr, 2021

Video| Keinginan luar biasa! Wanita mengandung idam makan rangsum! Nasib baik ada yang hantar!

@zuhayati yazid
Memulakan kerjaya di Utusan Malaysia pada 2007 dan pernah bertugas di Ibu Pejabat di Jalan Chan Sow Lin.

Share this


MELALUI pengalaman mengandung bukanlah perjalanan yang mudah, pasti ada cabaran dan dugaan tersendiri sebelum menerima kehadiran orang baharu dalam keluarga.

Perjalanan selama 9 bulan 10 hari itu ada ketika meresahkan hati si ibu dengan pelbagai ragam termasuklah mengidam sesuatu.

Bagi yang mengidam sesuatu yang mudah pasti senang mahu dicari, namun bagaimana pula yang diidam itu adalah hidangan pelik, pasti si suami yang buntu mencari bagi mencapai keinginan isteri tercinta.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan mengandung


Rangsum tempur atau pek sumber makanan dibekalkan kepada tentera ketika melakukan operasi atau tugasan luar. - Kredit foto: cebadblogspot.com


Terbaharu tular kisah seorang ibu muda dari Felda Sungai Tiang, Pendang di Kedah, yang mengidam untuk merasakan pek makanan askar atau dipanggil rangsum tempur.

Aduh…pelik betul citarasa wanita mengandung ni!

Maklumlah hidangan berkenaan bukan mudah untuk dicari menyebabkan wanita mengandung itu nekad berkongsi keinginan itu dalam aplikasi TikTok @warinull sehingga menjadi tular.




Maklumlah rangsum itu sukar diperoleh dan hanya dimiliki anggota tentera sahaja dan tidak dijual dalam pasaran.

Mungkin sudah menjadi rezeki wanita mengandung, dia akhirnya berjaya menikmati hidangan itu selepas dihantar oleh sepasang suami isteri dari Jitra yang melihat perkongsiannya yang menjadi tular dalam media sosial.

Menariknya, selepas keinginan tersebar dan tular dalam media sosial ramai yang cuba memenuhi keinginan wanita berkenaan.

Malah ada yang sanggup menggunakan perkhidmatan pos bagi menghantar rangsum itu kepada warinull.

Alhamdulillah... Inilah kuasa tular!




Mungkin ini juga rezeki si kecil dalam perut tu, mana tahu dah besar nanti menjadi seorang tentera yang boleh berkhidmat kepada negara.

Meninjau dalam ruangan komen, rata-rata netizen mengakui makanan askar tersebut sememangnya sedap namun sukar untuk mendapatkannya.

Semoga Warinull selamat bersalin dan dikurniakan anak yang sihat. - KitaReporters


0
2
0
1
1
You will be interested

Video| Tuah penarik beca! Majikan kaya wasiatkan harta RM600k! Rumah 3 tingkat, barang kemas!

Atas kesetiaannya berkhidmat dan menjaga satu keluarga kaya selama 25 tahun, Budha Samal dapat wasiat bernilai RM600 ribu daripada majikannya, Minati Patnaik

2 sejoli ditangkap berkhalwat dalam kereta! Denda ikut hukum adat! 1 kerbau, 100 gantang beras!

2 sejoli yang laku perbuatan tak senonoh tanpa pakaian di dalam kereta di Jambi ditangkap berkhalwat. Mereka dihukum dengan denda adat oleh Lembaga Hukum Adat
Adnan Mohamad in Kisah Insan 3 days ago

Selepas 73 tahun! Buku dipinjam dari pustaka akhirnya dipulangkan semula! Jumlah denda RM16K!

Tular cerita mengenai Perpustakaan Awam Dunfermline, Scotland apabila sebuah buku berjudul Statley Timber hanya dipulangkan kembali selepas 73 tahun dipinjamkan
Mohamed Sa'ari in Kisah Insan 4 days ago

Meow, Meow, Meow! Jeritan kucing selamatkan nyawa bayi usia 5 hari! Dibuang di tepi longkang!

Jeritan sekumpulan kucing selamatkan nyawa seorang bayi perempuan usia 5 hari yang dibuang di tepi longkang di Mumbai. Bayi itu berpakaian baju nipis, kesejukan
Adnan Mohamad in Kisah Insan 1 week ago

Jejak Prihatin Qudwah Tech! Santuni keluarga Orang Asal! Turut bantu pusat jagaan warga emas!

Qudwah Technology bersama UstazUstazah.com santuni 8 kampung Orang Asal di Johol dan Tampin untuk agihkan barangan keperluan asas menerusi Kempen Jejak Prihatin
Rosdi Ismail in Kisah Insan 1 week ago