Luna Maya sudah melupakan kenangan pahit masa lalu dengan kehidupan baru. - Kredit foto: IG lunamaya
https://kitareporters.com/search?search=indonesia
Kini dia tidak lagi sanggup menunggu lama untuk bernikah dan mahu menghilangkan tanggapan negatif masyarakat. Dia ingin melupakan kenangan silam yang agak kelam dan memulakan hidup baharu.
Luna Maya kini bergiat dalam bidang perniagaan. Kredit foto: IG lunamaya
Dengan umurnya yang semakin meningkat apabila memasuki usia 37 tahun pada Rabu, 26 Ogos 2020 lalu, Luna Maya yang kini menjadi usahawan berjaya di Indonesia berharap dapat memperoleh pasangan hidup yang sesuai bagi dirinya dalam masa terdekat.
Sebagai seorang usahawan berjaya, Luna Maya, yang lahir pada 26 Ogos 1983, mengakui semakin sukar mencari teman hidup kerana ramai yang takut berkawan dengannya kerana kini mempunyai pendapatan selesa sebagai usahawan.
Sedia menerima lelaki yang lebih rendah taraf ekonominya berbanding dirinya. - Kredit foto: IG lunamaya
Luna Maya kini, katanya, tidak kisah berpasangan dengan lelaki yang lebih rendah kedudukan ekonominya.
Tetapi dalam mencari cinta,
Luna Maya tidak bercadang untuk kembali kepada bekas teman lelakinya. Ini ekoran penyanyi Ariel Noah, dahulu dikenali sebagai Ariel Peterpan atau nama sebenarnya Nazril Irham berhasrat untuk kembali menjalin hubungan cinta.
Akibat penyebaran klip video panas itu, nama Luna Maya semakin popular. Klip video itu menjadi tontonan ramai seluruh dunia walaupun memiliki klip video itu satu kesalahan.
Walaupun populariti Maya Karin melonjak, namun ia memberi kesan psikologi kepadanya kerana tidak dapat menanggung malu. Ini menyebabkan Luna Maya menyepi dari dunia seni untuk beberapa ketika, sementara Ariel menerima hukuman apabila dijatuhi hukuman penjara tiga setengah tahun.
Tidak lama kemudian Luna Maya kembali menjalin cinta. Kali ini dengan Reino Barack, seorang pengusaha yang juga anak salah seorang orang terkaya di Indonesia.
Namun hubungan cinta yang berlangsung beberapa ketika kandas apabila Reino Barack memilih rakan artis Luma Maya, artis terkenal Syahrini sebagai isteri pada 27 Februari 2019.
Kini Luna Maya ingin melupakan kenangan pahit silam dengan memberi tumpuan kepada memajukan perniagaannya dan kini mempunyai hobi baru iaitu berbasikal.
Bagi merayakan ulang tahun ke-37- nya, Luna Maya tidak menyambut bersama rakan-rakan di Jakarta. Sebaliknya dia kembali ke kampungnya di Denpasar, Bali, meraikan bersama ibunya dan saudara-saudranya di pulau dewata itu.
Bagi menjawab pertanyaan orang ramai bila dia akan mengakiri zaman bujangnya, Luna Maya mengharapkan doa semua untuk mendapat pasangan hidup secepatnya.
Apakah selepas pandemik Covid-19 berakhir, Luna Maya juga akan berakhir melangkah ke kehidupan baru?? Tunggu!! - KitaReporters