Insan 20 Nov, 2020

Sifar Kelaparan PKPB! Bagi keluarga dalam Zon 12 Subang Jaya

@isa ramli
Penglibatan sebagai wartawan 23 tahun mulai 1984 dan bersara awal 2005 . Jawatan terakhir Penolong Kanan Ketua Penyunting Utusan Melayu di Syarikat Utusan Melayu (M) Berhad. Penyumbang beberapa majalah, media eletronik dan cetak.

Share this
PROGRAM Sifar Kelaparan merupakan satu insiatif membantu keluarga kurang berkemampuan yang terjejas akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di sekitar Lembah Klang anjuran Majlis Permuafakatan Penduduk (MPP) Zon 12 Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ). : KitaReporters

Abbas Salimi (kiri) menyampaikan sumbangan makanan asas kepada salah seorang ahli keluarga yang terjejas semasa PKPB melalui program 'Sifar Kelaparan' di kawasan MPP  Zon 12 MBSJ, Subang Jaya, Selangor

Lagi kisah-kisah berkaitan Subang Jaya:

https://kitareporters.com/search?search=subang+jaya


Program julung kali diadakan itu bertujuan membantu komuniti kurang mampu tetapi terkesan dengan penularan wabak virus berkenaan khususnya sejak pelaksanaan PKPB dikuatkuasakan sejak 14 Oktober 2020.
Kebanyakan keluarga terkesan terdiri mereka dalam kategori B40 terpaksa diberhenti kerja kerana syarikat melakukan pengurangan tenaga kerja, peniaga terpaksa tutup perniagaan dan mereka yang bekerja sendiri.
Selain membantu melalui sumbangan makanan asas program ini juga bertujuan mempromosi dan mengalakkan keluarga terlibat menjalankan aktiviti pertanian dalam usaha membina sebuah kumoniti lebih berdaya tahan dengan mewujudkan projek pertanian dikalangan mereka. 

Muhamad Fauzan Rosli (kiri) bersama sebahagian penerima bantuan PKPB bagi kawasan MPP Zon 15. - Foto Kredit Jabatan Pembangunan Masyarakat MBSJ dan KRT Seksyen 7 Lestari Perdana.

Seramai 12 keluarga kurang mampu di sekitar MPP Zon 12 MBSJ dibantu untuk permulaan melalui program 'Sifar Kelaparan' ini dengan setiap keluarga diberikan sumbangan lima set makanan merupakan nasi lauk ayam masak cili padi dan sayur goreng. 
Selain itu, keluarga berkenaan menerima pek sayur organik bayam Brazil dan cili api kampung bagi kegunaan memasak semasa Ahli Jawatankuasa MPP Zon 12 bersama para pegawai Jabatan Pembangunan Masyarakat MBSJ berkunjung ke rumah mereka.
Pemberian bahan-bahan tersebut lebih kepada usaha mempromosi dan menggalakkan kepentingan kegiatan pertanian dalam kalangan mereka dan menghasilkan bahan makanan berkhasiat kepada komuniti. Barangan yang disumbangkan kepada para penerima merupakan peruntukkan daripada syarikat Baskin.
Proses agihan yang dijalankan pada Jumaat 13 November 2020 itu mengikut peraturan keselamatan SOP dan penjarakan fizikal dilakukan oleh Ahli Majlis MPP Zon 12, Abbas Salimi bersama para pegawai JPM MBSJ, Mohd Bakhtiar Abdul Rahman, Mohd Raziq Abdul Halim dan Nurfazian Kasim. 

Ar Kamarul Hisham Yeop Hashim (kiri) menyampaikan sumbangan bantuan kepada salah seorang penerima di kawasan MPP Zon 4 MBSJ.

Sementara itu, seramai 30 keluarga di Seksyen 7 Lestari Perdana (S7LP) dalam kawasan MPP Zon 19 MBSJ yang terjejas akibat PKPB menerima bantuan makanan asas sebagai usaha meringankan beban ditanggung.
Pemberian diadakan dalam dua fasa iaitu 20 keluarga menerima sumbangan Surau Lestari Perdana 7 dan 10 keluarga melalui Pertubuhan NGO Islam, IKRAM Malaysia yang disumbangkan oleh Amanah Puchong dengan kerjasama KRT serta Persatuan Penduduk S7LP.
Di kawasan MPP Zon 15 MBSJ, 34 keluarga menerima sumbangan pek makanan bantuan PKPB daripada NGO Multiracial Reverted Malaysia (MRM) Wangsa Maju, Kuala Lumpur.
Ahli Majlis MPP zon berkenaan Muhamad Fauzan Rosli menyampaikan sumbangan yang diadakan di Court 1 dan Pangsapuri Utama Puchong bersama Penyelia Kawasan MBSJ bagi zon tersebut Sadzliawaty Mohamad Dom.
Bagi 20 keluarga kategori B40 di Pangsapuri Angsana USJ 1 merupakan pangsapuri angkat MPP Zon 4 MBSJ terpilih menerima bantuan barangan keperluan asas yang disampaikan oleh Ahli Majlis zon berkenaan,  Ar Kamarul Hisham Yeop Hashim berlangsung dikawasan parker Blok GH pangsapuri tersebut. - KitaReporters

Izan Abu Samah (tengah) menerima bantuan PKPB sumbangan Pertubuhan IKRAM Malaysia yang diagihkan oleh Amanah Puchong bagi penduduk Seksyen 7 Lestari Perdana (S7LP).

You will be interested

Video| Pretty Mike bawa enam kekasih ke majlis! Semua hamil!

Mike Eze-Nwalie Nwogu atau Pretty Mike yang terkenal sebagai seorang playboy di Lagos perkenal enam wanita hamil yang kesemuanya didakwa sebagai teman wanitanya

Ahmad Abd Hamid in Insan 1 day ago

APM Setiu selamatkan nyawa warga emas! Terkandas dalam banjir

APM Setiu bantu warga emas, Che Latifah Che Yusof, 69, yang hidapi penyakit asma dan darah tinggi untuk mendapat rawatan selanjutnya di Hospital Daerah Setiu
Adnan Mohamad in Insan 2 hours ago

Cikgu sedih! Buat kelas online tak ada yang join! Anak join!

Mustakim Bajoori merupakan seorang guru di sekolah menengah di Kuala Selangor. Cerita kegigihan Cikgu Mustakim menyentuh emosi anak kandungnya, Nur Nuha Narisya
Sarfarizmal Saad in Insan 2 hours ago

Terima kasih ICM! Penuhi impian ada basikal anak asnaf, yatim

Impian 12 anak asnaf dan 3 anak yatim untuk miliki basikal tercapai pada Program A Day@Rumah Sentuhan Budi (RSB) di Petaling Jaya with iCharity Malaysia (ICM)
Rosdi Ismail in Insan 9 hours ago

Video| Maradona, Boca Juniors tergamam! Gol awal Selangor!

Boca Juniors pimpinan Maradona yang tampil di Stadium Merdeka pada 12 Januari 1982 tergamam apabila Fandi Ahmad jaringkan gol pendahuluan bagi Jemputan Selangor
Abdul Hafiz Ahmad in Insan 1 day ago