Insan & Komuniti 03 Aug, 2021

Memilukan! Bakal pengantin perempuan meninggal sebelum akad nikah! Angan pengantin lelaki musnah!

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this
Gambar terakhir bakal pengantin perempuan (kiri) dan kepiluan bakal suami (kanan). - Kredit foto: FB M Cholid

PERKAHWINAN adalah impian setiap insan yang sempurna. Namun Tuhan berkuasa dalam menentukan ajal, rezeki dan jodoh

Perkahwinan yang sudah di depan mata, namun beberapa jam sebelum majlis akad nikah berlangsung, bakal pengantin perempuan pengsan lalu meninggal dunia ketika sedang berhias.

Kejadian berlaku di di Desa Pariti, Kecamatan Sulamu, Kabupaten Kupang, Nusa Tenggara Timur (NTT), pada Sabtu, 31 Julai 2021 kira-kira jam 10 pagi waktu tempatan.

Pada malam sebelumnya pengantin wanita sudah pun menjalani upacara adat sebelum majlis akad nikah pada esok hari, 31 Julai. 


. ..

Wajah pasangan ini yang dimuat dalam sebuah portal di Kupang. - Kredit foto: Harianflobamora.com

Anggota keluarga menghubungi Klinik Kesihatan Pariti, Kupang, untuk mendapatkan rawatan kecemasan. Namun doktor mengesahkan Norliana Yosita Lau, 31, sudah meninggal dunia

Tidak percaya dengan berita itu, ahli keluarga membawa jenazah ke Hospital Naibonat, Kupang. Namun jawapan doktor tetap sama. Norliana dikatakan diserang sakit jantung.

Berita kematian itu diterima dengan penuh pilu oleh anggota keluarga dan jenazahnya dibawa pulang rumah keluarganya di Desa Pariti untuk dikebumikan.

Wajah Norliana dan Muhammad Cholid diabadikan dalam FaceBook M Cholid

Malah bakal suami, Muhammad Cholid yang menunggu di rumah turut tersentak dengan kematian itu dan memandang sayu mayat bakal isterinya.

Norliana adalah guru di Adonara, Kabupaten Flores Timur, sementara Cholid bekerja di pejabat Gabenor NTT.
Menurut Kompas.com, kematian itu disahkan oleh Ketua Polis Daerah Sulamu, Ipda Deff Wee.

Ekoran peristiwa memilukan itu, M Cholid meluahkan isi hati pilunya dalam Facebooknya.

Angan pelamin musnah belaka. Majlis perkahwinan bertukar menjadi majlis doa selamat. - KitaReporters

NYL ketika menjalani  majlis persiapan penikahan pada malam sebelum meninggal. - Kredit foto: FB M Cholid

0
1
1
0
0
You will be interested