Insan & Komuniti 16 Feb, 2021

Terima kasih anak muda Langkawi! Beri air minuman percuma! Ayaq untuk geng rider, frontliner

@sarfarizmal saad
Penulis merupakan pemimpin pelajar IPTA suatu ketika dulu. Pernah bertugas di 4 kementerian dan beberapa pasukan komunikasi strategik. Mula menulis di akhbar sejak 2009. Bekas Ahli Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan dan bekas Pegawai Khas YBM.

Share this


PANDEMIK Covid-19 bukan sahaja mengajar kita untuk menjaga kebersihan diri dan sekeliling dengan lebih baik, malah ia juga membentuk kembali jiwa kita agar menjadi lebih bersih dan pemurah.

Tular baru-baru ini seorang anak muda menjual air balang dan dadih di tepi jalan raya bertindak memberi air percuma khusus kepada abang-abang 'rider' dan kumpulan barisan hadapan atau frontliners.


Lagi kisah-kisah menarik berkaitan penghantar makanan:

https://kitareporters.com/search?search=penghantar+makanan



Menurut sebuah hantaran daripada akaun Facebook bernama Rizz X Gaming, anak muda berkenaan membuka gerainya di kawasan Kedawang, Langkawi dan mengalu-alukan mereka yang bekerja sebagai 'riders' (penghantar makanan) dan frontliners untuk datang ke gerai berkenaan dan mengambil air secara percuma.

"Tudia geng.. terbaik bro kita ni Meniaga Sambil bersedekah...ayaq buah paduuu.. kepada rider2 Atau barisan Hadapan yg buat kerja semasa pkp ni... Boleh pi kat bro ni ambik ayaq free...," katany dalam status facebook yang dimuat naik pada 14 Februari 2021.

Pemilik akaun facebook tersebut juga berharap agar abang-abang 'riders' dan frontliners tidak berasa segan silu untuk mendapatkan air percuma tersebut.



"Jangan malu Jangan Segan dia cakap... Singgah saja... lokasi kedawang.. singgah Jangan tak Singgah...," ujarnya lagi.

Status Facebook daripada Rizz X Gaming itu juga turut dikongsi ke dalam Facebook group popular bagi penduduk Langkawi iaitu Langkawi Sana Sini Baru.

Setakat cerita ini dilaporkan dalam KitaReporters, status Facebook berkenaan telah mendapat 17 perkongsian dan berpuluh-puluh komen yang positif dan membina.

Rata-rata netizen telah memberi komen yang baik diatas usaha murni anak muda ini memberi air percuma kepada dua golongan yang bertungkus lumus setiap hari memberi khidmat terbaik kepada masyarakat, pada kala kita semua sedang melawan Covid-19.



"Mmg padu jus buah dye," kata pemilik akaun Facebook Norfazilah Ilah.

"Maseh mampu utk bersedekah dlm keadaan sebegini," ujar pemilik akaun Facebook bernama Aliyah Ali.

Tidak kurang juga ada netizen yang mengambil kesempatan ini untuk mendoakan anak muda berkenaan dimurahkan rezeki hasil daripada keperibadian dan kebaikan hatinya dalam membantu mereka yang memerlukan.

"Semoga allah permudahkan urusan nya...," kata seorang lagi pemilik akaun facebook Salinah Hassan.

"Smg d murahkn rzeki adk ni ..," ucap pemilik akaun Facebook Maksu Haton Abd.

Kita berharap agar lebih ramai rakyat Malaysia yang mempunyai kemampuan lebih tampil kreatif dalam membantu mereka yang memerlukan pertolongan akibat daripada sektor ekonomi yang kurang memuaskan dikala ini. - KitaReporters


5
0
0
0
0
You will be interested