Insan & Komuniti 18 Jun, 2020

Rumah baharu semangat baharu! Sugu Pavithra nak buat terbaik

@yati yazid
Pernah bertugas sebagai wartawan di Utusan Malaysia. Masih mewarnai dunia penulisan sehingga kini.

Share this

SIAPA tidak kenal pasangan Sugu Pavithra, yang mencipta nama sebagai YouTuber dan memiliki jutaan penonton dengan hanya berkongsi video masakan sehingga menjadi trending buat masa ini. Kalau dah nama rezeki, tiada siapa dapat menghalang… siapa sangka pasangan itu kini menjadi terkenal dalam sekelip mata. : KitaReporters

PASANGAN M. Sugu (kanan) dan S. Pavithra mencipta fenomena apabila berjaya memiliki ratusan ribu penonton selepas memiliki saluran YouTube sendiri dengan berkongsi masakan.


‘Kehebatan’ pasangan M. Sugu dan isterinya, S. Pavithra bukan sahaja dikenal dalam kalangan rakyat, malah Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga berminat dengan air tangan pasangan berkenaan.

Kini selepas beberapa bulan mencipta nama, pasangan itu membuat keputusan untuk berhenti bekerja, sekali gus memaksa dia meninggalkan kuarters yang didiami sejak beberapa tahun sebelum ini.

Terbaharu, pasangan itu berkongsi keadaan rumah baharunya yang terletak di Sungai Siput, Perak menerusi video saluran YouTube Sugu Pavithra mereka.


Menurut Sugu, rumah baru itu terletak berhampiran rumah ibu bapanya.

Dalam perkongsian berkenaan, pasangan itu turut dibantu oleh ahli keluarga terdekat untuk turut mengangkat barang-barang dari kuarter yang didiami ke rumah baharunya.

Wah bagusnya ahli keluarganya, saling bekerjasama membantu bagi memudahkan tugas pasangan muda itu. 


Menurut Sugu, rumah baharu lebih luas dan bahagian dapurnya juga lebih besar membuatkan lebih selesa untuk membuat kerja-kerja rakaman masakan mereka.

Mesti tak sabar nak beraksi di dapur kan??

Dalam video berkenaan pasangan itu turut menunjukkan kebun yang diusahakan di belakang rumah lamanya dan terpaksa dipindahkan ke rumah ibunya.

Rajin betul! Macam-macam ada… patutla nak masak petik aje di kebun tu.

PASANGAN berkenaan di rumah baharu mereka, yang mempunyai ruang dapur yang lebih luas.


Minggu lepas, Sugu mengumumkan sudah berhenti kerja sebagai pekerja ladang di tempat mereka tinggal ketika ini.

Keputusan itu dibuat berikutan perlu meluangkan lebih banyak masa bersama Pavithra di rumah untuk mengadakan temu bual di rumah mereka.

Disebabkan itu, dia  terpaksa mengambil cuti beberapa hari dan akhirnya mereka membuat keputusan untuk meninggalkan kerja tersebut dan hanya memfokuskan kepada penghasilan video di YouTube.

Keputusan suami isteri tersebut sudah pastinya mengejutkan penonton mereka yang kini mencecah lebih 600,000 orang.

Semoga perpindahan pasangan itu ke rumah baharu memberi sinar baru kepada mereka berdua untuk lebih aktif dan terus 'meletup' dalam dunia masakan dan dikenali di seluruh dunia. - KitaReporters

 

33
4
0
2
0
You will be interested