Insan & Komuniti 09 May, 2022

Video| Keluarga Malaysia tolong kami! Bantu Alias Haridi! Sebatang kara! Hadapi masalah kesihatan!

@abdul razak din
Wartawan selama lebih 30 tahun, bekas wartawan Utusan, bekas Penolong Pengarang Ekonomi, bekas Penolong Pengarang Suplemen, bekas Pengarang Prosesan Utusan Malaysia (razakdin939@hotmail.com)

Share this


MASA depan atau nasib kehidupan seseorang Allah yang menentukan. Bagi Alias Haridi, 77, sudahlah hidup sebatang kara, kehidupan beliau kini tidak seperti dahulu selepas terjatuh di rumahnya sendiri kira-kira sebulan yang lalu.

"Saya kini terpaksa bergerak dengan menggunakan kerusi roda walaupun di dalam rumah.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan sebatang kara


"Setelah terjatuh saya mengalami masalah kesihatan dan perlu mendapatkan rawatan di hospital dan saya kini tidak mempunyai daya serta kekuatan fikizal untuk bergerak.

"Saya kini mengharapkan bantuan serta pertolongan daripada jiran-jiran untuk meneruskan penghidupan," katanya ketika ditemui di Kampung Pulau Kemiri di Sungai Siput, Perak pada 8 Mei 2022.



Semasa ditemui di rumahnya susuk tubuhnya kelihatan agak kurus.

Ketika ditanya tentang penyakit yang dihidapinya katanya, doktor memberitahu beliau kini mengalami penyakit urat saraf membuatkan beliau sukar bergerak

"Selepas terjatuh itu saya terbaring hampir sebulan di rumah.

"Hari Raya Aidilfitri yang disambut pada tahun ini dibuat secara ala kadar sahaja kerana keadaan kesihatan yang tidak begitu mengizinkan," katanya.



Beliau merayu bantuan daripada orang ramai bagi meneruskan penghidupan kerana beliau kini terganggu untuk pergi bekerja untuk mendapatkan sumber pendapatan.

Kepada sesiapa yang ingin membantu Alias Haridi boleh menyalurkan sumbangan ke akaun BSN Giro nombor 08901 29000 165516 atau telefonnya 0195291400

Alamat rumahnya ialah No 24, Kampong Pulau Kemiri, Sungai Siput Utara, Perak. - KitaReporters


 

8
14
0
16
0
You will be interested