Perilaku pelik terbaru mula dikenal pasti daripada seorang pengguna Twitter yang telah mendedahkan hobi mengumpul bangkai nyamuk. Pelik, tapi memang benar! Selalunya kita selalu dengar hobi berkaitan mengumpul setem, poskad, model kereta mini dan sebagainya, tetapi mengumpul bangkai nyamuk ini memang tidak pernah didengar sebelum ini. : KitaReporters
Lagi cerita-cerita berkaitan hobi:
https://kitareporters.com/search?search=hobi
Pengguna Twitter bernama @zynapsed yang dikenali sebagai Shreya mendedahkan dia menyimpan nyamuk yang dibunuh dan menghimpunkannya untuk dijadikan sebagai koleksi peribadi.
Walaupun sekadar bangkai, namun Shreya mengumpulnya dengan cukup kemas dilekat pada sebuah buku nota yang dijadikan album, lengkap dengan nombor bilangan nyamuk yang berjaya dibunuh olehnya.
Melalui posting yang dikongsi itu juga kelihatan dia menunjukkan dua keping gambar sebagai sebahagian daripada cabaran ‘bagaimana ia bermula, bagaimana keadaan sekarang’ (how it started, how it’s going) hingga menjadi sangat popular dalam laman Twitter.
Menurutnya, bangkai nyamuk yang berjaya dibunuh selama ini akan dilekat dalam sebuah buku latihan sehingga kini berjaya mencecah lebih 80 ekor.
Netizen turut memberi pelbagai reaksi berhubung gambar tersebut, malah ada yang merasakan hobi berkenaan menyeramkan.
Perkara ini membuktikan kepada kita setiap manusia memiliki hobi dan minat masing-masing. Bezanya mungkin hobi dan minat kita sama dengan orang lain, ataupun sedikit berbeza.
Tetapi bagi Shreya ini, hobi dan minatnya jauh berbeza dari kebiasaan ramai.
Tidak kiralah apapun jenis hobi kita, yang penting ia tidak melanggar undang-undang, tidak menyalahi hukum hakam agama dan tidak menyusahkan orang lain. - KitaReporters