Insan & Komuniti 17 Dec, 2022

Video! Ayah suka popek, popek! Anak sanggup soletip mulut ayah masa tidur! Gurauan je! Jangan kutuk!

@fatimah itayah
Mula ceburi dunia kewartawanan sebagai wartawan akhbar. Masih banyak perlu dipelajari!

Share this


BERGURAU bersama ahli keluarga sememangnya dapat eratkan lagi ikatan kekeluargaan, bukan sahaja dengan adik beradik tetapi juga kedua ibu bapa. Cipta kenangan sebanyak mungkin selagi ada kesempatan!

Perkongsian video dalam TikTok @eikaatikah2022 memaparkan gurauan dengan abahnya menarik perhatian netizen sehingga menggamit kerinduan mereka bersama ibu bapa sewaktu keduanya masih ada.


 Lagi cerita-cerita menarik berkaitan ibu bapa


Menerusi video tersebut, si ayah yang sedang tidur dalam kenderaan terjaga dan apabila hendak bercakap setelah ditanya oleh anak, tidak dapat berbuat demikian kerana mulutnya telah ‘disoletip’.

“Abah suka cakap banyak dalam kereta, so kami buat car ani. Abah dengan saya ‘BFF’ tau, abah selalu hiburkan aku dan aku selalu hiburkan abah. Semoga abah mak sihat selalu,” tulis @eikaatikah2022. 




Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet terharu melihat kemesraan antara dua beranak berkenaan kerana kenangan yang dicipta itu tentunya memori terindah untuk dikenang di suatu masa nanti.

“Selagi masih ada ayah dan ibu, treasure them fully! Sakit tau bila kita rindu pada orang yang dah takda di dunia,” tulis @Asyraf Samsuddin.

“Semua nie menjadi kenangan bila salah seorang tiada nanti, pasti rindu,” kata @mak lang.

“Akak saya jeles dengan akak sebab saya rindu arwah abah, sebab saya dengan abah selalu melawak macam ni,” tulis @Nescafe ais.


 


Mereka yang masih mempunyai kedua-dua ibu bapa sebenarnya beruntung. 

Keredaan Allah SWT bergantung kepada keredaan ibu bapa, jadi sentiasalah berbuat baik serta hargailah keduanya sehingga ke akhir ayat. - KitaReporters 


9
11
0
15
0
You will be interested