Insan & Komuniti 09 Nov, 2022

PRU15: Aura Mak Teh tawan hati orang Kuala Kedah! Bukan orang luar! Dr Mashitah teruskan legasi ayah!

@jamliah abdullah
Penulis konten & pemberita sambilan. Cintai alam semula jadi & makanan. Suka menulis untuk membantu yang memerlukan. Anda punyai kisah menarik untuk dikongsi, emelkan ke [email protected]

Share this

COMEBACK Dr Mashitah dalam PRU15.

AURA dan karisma Datuk Dr Mashitah Ibrahim tidak disangkalkan lagi. Lihat sahaja latar belakang beliau malah bagaimana wibawa beliau berucap di hadapan khalayak. Sentiasa membuat ramai terpaku.

Setelah beberapa lama sepi daripada sebarang Pilihan Raya Umum (PRU), Dr Mashitah, pada 5 November 2022 lepas hadir di Pusat Penamaan Calon (PPC) untuk jadi calon Barisan Nasional (BN) di Parlimen Kuala Kedah, Kedah bagi PRU Ke-15 (PRU15) ini. 


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan Pilihan Raya Umum Ke-15


Tentu sahaja di sebalik kata-kata sinis bahawa beliau merupakan calon orang luar, banyak yang tidak mengetahui bahawa Kuala Kedah itu bukan asing lagi kepadanya.

Jadi tepat sekali apabila beliau yang juga merupakan Pengerusi Eksekutif Yayasan Pembangunan Pondok Malaysia sejak 2012 itu menggunakan slogan, Sirih Pulang Ke Gagang untuk berkempen di kawasan itu sehingga Hari Pengundian pada 19 November 2022 ini.

Banyak yang barangkali tidak mengetahui bahawa arwah bapa kepada bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) ini, Allahyarham Ibrahim Yaakob merupakan guru di sekolah sekitar daerah tersebut.


DR MASHITAH IBRAHIM ketika sesi bertemu penduduk di Kuala Kedah.

Dalam temu bual wartawan KitaReporters dengan Dr Mashitah pada Selasa, 8 November 2022, beliau bagaikan terharu saat mengimbas zaman kecilnya ketika membesar sewaktu itu.

Menurut Dr. Mashitah yang juga berasal dari Alor Setar, tidak timbul isu ‘orang luar’ bertanding di kawasan itu yang dibangkitkan oleh sesetengah pihak terutama lawannya.

“Saya baru balik bertemu saudara mara di Kuala Kedah. Alhamdulillah, jangan nak kata saya orang luar (Kuala Kedah) isu itu tidak timbul lagi. 

"Kuala Kedah ini pada 1959 diwakili Tunku Abdul Rahman, Perdana Menteri Pertama yang kawasan (bertanding) adalah Kuala Kedah.

“Tunku ini sebenarnya berasal dari Alor Setar.  Kalaulah di sini tohmahan yang dikeluarkan saya adalah orang luar. saya juga anak Alor Setar.  Saya sebenarnya mengulangi sejarah Tunku sebagai wakil rakyat pertama di Kuala Kedah padas 1959. Saya dilahirkan di Alor Setar dan saya rasa sejarah berulang kembali,” katanya.



Mengulas lanjut Dr Mashitah yang juga Ketua Wanita UMNO Baling itu beranggapan, isu orang luar itu sengaja ditimbulkan oleh pihak tertentu sebagai provokasi untuk meraih undi.

“Bagi saya perkara ini (isu orang luar) picisan sahaja, perkara kecil yang sengaja ditimbulkan untuk mengoyah sokongan masyarakat terhadap BN. Saya yakin perkara ini akan dapat saya atasi dengan mudah 

“Pada saya isu ini sengaja ditimbulkan oleh pihak pembangkang sebagai provokasi kepada pengundi supaya tidak memilih BN. Bagaimanapun, saya yakin masyarakat Kuala Kedah sudah bijak menilai,  boleh buat pertimbangan yang bijak,” jelasnya.

Beliau pada masa yang sama mengucap terima kasih di atas kepercayaan yang diberikan kepada pucuk pimpinan parti kerana memberi peluang kepada beliau untuk membuat penampilan semula dalam PRU15.

“Saya berani menyambut cabaran seorang perempuan yang dihantar ke kawasan kuala Kedah kalau tengok dibolot oleh pihak pembangkang selama tiga penggal. Saya menaruh satu keyakinan yang sangat tinggi insya-Allah pengundi berbalik kepada BN.

“Kita tengok prestasi apa yang ditawarkan oleh PH kepada masyarakat Kuala Kedah ini nampak sangat menyedihkan. Oleh itu manifesto yang saya bawa adalah Agenda Kola Menyempurnakan Apa Yang Tergendala

"Banyak yang tergendala umpamanya masalah air, banjir, kemiskinan tegar dan remaja terlibat dengan masalah sosial,” katanya.



Menggunakan gelaran Mak Teh ketika berkempen, Dr Mashitah berharap dapat berkhidmat di kawasan tersebut sebagai menerus legasi arwah bapanya itu.

Dr Mashitah, 58, memenangi kerusi Parlimen Baling pada 2004 dan pernah dilantik sebagai senator pada 2008 serta memegang jawatan timbalan menteri di JPM.

Parlimen Kuala Kedah disandang oleh wakil rakyat PKR Dr Azman Ismail sejak 2013 dan kerusi itu dikuasai parti itu sejak 2008. 

Pada PRU15, selain Pakatan Harapan (PH), Dr Mashitah berdepan dengan pertembungan lima penjuru di mana kesemua lawannya adalah calon lelaki. - KitaReporters


MAK TEH berazam membela nasib rakyat di Kuala Kedah

12
7
0
13
0
You will be interested