Insan & Komuniti 12 Feb, 2024

Video| Ini macam pun ada! Pengantin lelaki enggan bersanding! Pengantin perempuan nangis di pelamin!

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this

Majlis resepsi perkahwinan biasanya diadakan bagi meraikan kedua-dua pengantin. Namun tidak semua pengantin suka dirai dalam majlis resepsi sama ada kerana malu atau darah gemuruh.

Seorang lelaki bernama Rahim Pakaya, 31, berkahwin dengan Yeyen Sapii, 22, di  Desa Tombulilato, Kecamatan Bone Raya, Kabupaten Tombulilato, Gorontalo di Sulawesi Utara pada Selasa 7 Februari 2024.

Rahim Pakaya (kanan) didapati bersembunyi di rumah selepas akad nikah dengan Yeyen Sapii (kiri).

Ketika akad nikah Rahim sudah memperlihat kegelabahannya. Berulang kali dia mengucapkan lafaz dengan tangan terketar-ketar.

Sebaik akad nikah selamat disempurnakan, dia terus beredar sedangkan selepas itu perancangannya majlis resepsi akan diadakan.



Pihak pengantin perempuan tetap membuat persiapan majlis resepsi. Jemputan sudah ada yang tiba dan makan minum sudah disediakan. Yeyen sudah disiapkan perhiasannya sebagai pengantin. 

Namun ketika waktu acara persandingan dimulakan, kelibat Rahim tidak kelihatan. Ketiadaan Rahim menyebabkan Yeyen terpaksa bersanding sendirian dengan air mata meleleh.


Yeyen mengalir air mata ketika bersanding sendirian. - Kredit foto: Tribun Sulawesi

Dia hairan perkahwinan itu adalah atas dasar suka sama suka. Mengapa ketika hari bahagia, pasangannya menghilang.

Keluarga Yeyen terpaksa membuat laporan polis atas kehilangan Rahim.

Hasil siasatan polis didapati Rahim bersembunyi  di rumahnya. Dalam keterangannya kepada polis Rahim memberitahu bahawa dia tidak suka disandingkan. 



Dia mengaku seorang yang pemalu dan menganggap bersanding itu bukan wajib, hanya adat.

Keengganan Rahim bersanding membuat pihak pengantin perempuan membebel marah dan pengantin perempuan menangis menghadapi kejadian yang dianggap memalukan.

Peristiwa itu menjadi bualan orang kampung. Namun Rahim tetap tenang kerana sudah melakukan perkara wajib iaitu akad nikah.

Yang penting Yeyen sudah halal menjadi isterinya. - KitaReporters

11
19
0
8
0
You will be interested