Insan & Komuniti 01 Feb, 2025

Video| Siapa lagi wira tak didendang? Penderma darah! Seperti Zulkarnain, Azhan Rani, Liew Chin Yap!

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this

.


Kegiatan menderma darah adalah perbuatan terpuji. Darah yang diderma menjadi keperluan pihak tertentu yang amat memerlukan seperti kemalangan. 

Namun ramai yang tidak berminat untuk menderma darah. Ini menyebabkan pihak hospital sentiasa menghadapi masalah untuk mendapatkan darah untuk pesakit.

Justeru golongan yang suka menderma darah sepatutnya dianggap sebagai wira tidak diundang.



Mereka yang sihat berusia di antara 17 hinggga 70 tahun boleh menderma darah. Bagaimanapun untuk penderma kali pertama usia maksimum ialah 60 tahun.  

Menurut statistik, hanya 2.5 peratus rakyat Malaysia sahaja yang menderma darah. 

Facebook dan TikTok ‘Derma Darah Kelantan’ baru-baru ini memaparkan seorang warga emas bernama Zulkarnain yang telah menderma darah sebanyak 477 kali sejak tahun 1988.



Zulkarnain yang tinggal di Kelantan memperlihatkan jadual derma darahnya iaitu setiap dua minggu. Zulkarnain berazam untuk terus menderma darah sehingga umur maksimum 70 tahun.

Selain bagi tujuan kesihatan, beliau juga berkata menderma darah dapat memberi sumbangan kepada mereka yang memerlukan.


Zulkarnain akan terus menderma darah sehingga terdaya

Terdapat beberapa insan rakyat Malaysia yang telah menderma darah lebih 100 kali. 

Pelakon Azhan Rani,49, berjaya mencapai angka ke-100 menderma arah. Tarikh bersejarah itu adalah pada 27 Disember 2024. 

Beliau berkata, dia akan teruskan amalan ini sehingga terdaya atau sehingga tarikh terakhir iaitu 70 tahun. 


Azhan Rani sudah mencapai derma darah sebanyak 100 kali pada 27 Disember 2024

Liew Chin Yap pula merupakan Penderma Darah Aferesis Terbanyak. Ia mendapat pengiktirahan daripada The Malaysian Book of Records (MBOR). 

Sehingga 18 April 2022, dia telah menderma darah sebanyak 632 kali, bermula dari tahun 1992 ekoran mengikut adiknya ke satu kempen derma darah. - KitaReporters


Liew Chin Yap telah menderma darah sebanyak 632 kali sehingga 18 April 2022.

14
6
0
13
0
You will be interested