Insan & Komuniti 02 Jun, 2025

Malam menyeronokkan! Kejohanan Sukan Antara Fakulti UiTM Kedah! Semangat kesetiaan, daya juang!

@abd razak osman
Bekas stringer Kosmo! dan mempunyai pengalaman lebih 40 tahun dalam media. Pernah bertugas di Berita Harian, Harian Watan dan Bernama. Menulis selagi masih hidup. Emel: razakosman1950@gmail.com

Share this

Pasukan Fakulti Pengurusan dan Perniagaan (FPP) muncul sebagai juara keseluruhan kejohanan SAF 2025.


Lebih 2,000 orang, termasuk pelajar dan staf Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kedah di Merbok menunjuk pelbagai aksi menarik dalam padang semasa menyertai Kejohanan Sukan Antara Fakulti (SAF) 2025.

Kejohanan yang melibatkan 17 acara sukan itu anjuran Unit Sukan Bahagian Hal Ehwal Pelajar berlangsung di Stadium Mini UiTM Kedah pada 25 Mei 2025 lalu.

Kejohanan pada waktu malam itu begitu menyeronokan apabila setiap peserta melakukan pelbagai sorakan dalam setiap acara berlangsung.

Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar UiTM Kedah, Dr Nor Azrina Mohd Yusof berkata, pelajar dari enam fakulti bekerja keras untuk mencapai kejayaan masing-masing dalam kejohanan itu.

Katanya, pelajar yang mengambil bahagian adalah dari Fakulti Pengurusan dan Perniagaan (FPP), Fakulti Perakaunan (FP), Fakulti Pengurusan Maklumat (FPM), Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka (FSSR), Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi (FSPP), dan Fakulti Sains Komputer dan Matematik (FSKM). Pelajar wanita juga ambil bahagian dalam acara tarik tali.


Pasukan Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi (FSPPP) menyertai kejohanan SAF itu.


Rektor UiTM Kedah, Prof Dr. Roshima Said semasa merasmikan penutupan kejohanan itu berkata, program diadakan bukan sekadar satu medan pertandingan, tetapi satu platform pembinaan jati diri mahasiswa melalui penerapan nilai-nilai Integriti, Disiplin, Amanah, Rajin dan Tanggungjawab (IDART).

“Saya amat berbangga kerana program SAF 2025 berjaya dilaksanakan dengan jayanya, penuh semangat dan disiplin. Ini membuktikan bahawa mahasiswa kita bukan sahaja cemerlang dalam akademik, malah aktif dan proaktif dalam kokurikulum,” katanya.

Beliau berharap agar kejohanan ini menjadi pemangkin kepada pembangunan sukan kampus dalam memperkukuh perpaduan di kalangan warga pelajar serta membuka ruang bagi melahirkan lebih ramai atlet baharu yang berpotensi untuk diketengahkan ke peringkat lebih tinggi.

SAF 2025 membuktikan bahawa sukan mampu menyatukan warga kampus serta memupuk semangat kesetiaan dan daya tahan dalam kalangan pelajar.

"Tahniah diucapkan kepada semua fakulti yang telah menunjukkan semangat juang yang tinggi sepanjang kejohanan  berlangsung," katanya lagi.


Pasukan Fakulti Komputer dan Matematik(FSKM) juga menyertai pelbagai acara.

Dalam kejohanan itu, FPP muncul sebagai juara keseluruhan diikuti pemenang lain, FSPPP, FSKM, FP, FSM dan FSSR.

Pengerusi Jawatankuasa kejohanan itu, Engku Syahrial Kahpi Engku Halin pula berkata, program disusun berjalan dengan lancar dan ramai peserta berpuas hati. - KitaReporters


Pasukan Seni Lukis dan Seni Reka (FSSR) turut bergambar kenangan. 

9
16
0
14
0
You will be interested