Insan & Komuniti 19 Jun, 2024

Lain daripada yang lain! Korban Aidiladha dirakam guna dron! Hanya di Surau An-Nur Bandar Puteri!

@abdul hafiz ahmad
Wartawan Utusan Malaysia 1997-2019, menyertai akhbar mingguan tabloid Buletin Utama dan Harian Watan 1994-1996. Tetamu Sebelum Wisel, Wisel Penamat, Planet Sukan, Stadium Angkasa, Selamat Pagi Malaysia (RTM); Kafe Sukan, Nadi Arena (Astro Arena) dan Ruang Bicara (Bernama TV). Pemenang Peraduan Penulis Sukan Piala Asia AFC 2007 dan Ahli Jawatankuasa Pemilihan Anugerah Sukan Negara 2008-2017. E-mel: [email protected]

Share this

PANDANGAN kamera dron dari udara pada Majlis Korban Aidiladha 2024/1445 Hijrah yang disertai kariah Suran An-Nur, Bandar Puteri, Klang pada 17 Jun 2024. - Kredit foto: SAN


MAJLIS Korban Aidiladha 2024 anjuran Surau An-Nur di Bandar Puteri, Klang, Selangor mencatat sejarah apabila dirakamkan dengan kamera dron dari udara.

Seorang ahli kariahnya, Badrulhisham Jamaludin berkata, “seingat saya, inilah kali pertama majlis seumpama ini dirakamkan dengan menggunakan kamera dron yang berteknologi canggih dan tinggi.

Lebih 50 keping gambar pegun malah video berjaya dimuatkan dengan rakaman tersebut untuk tatapan dan kenangan para ahli kariahnya.  


TIGA kumpulan penyembelih yang melakukan kerja-kerja penyembelihan haiwan-haiwan korban, dirakamkan dari udara dengan menggunakan kamera dron Suran An-Nur. - Kredit foto: SAN 


“Majlis ini juga bertujuan menjalin ukhuwah sesama ahli kariah dalam ibadat korban sempena Hari Raya Aidiladha setiap kali tibanya 10 Zulhijah setiap tahun (bagi tahun 1445 Hijrah jatuh pada Isnin, 17 Jun 2024).

“Majlis ini turut sebagai tanda interpretasi kecintaan umat Islam kepada Allah dan Rasulullah (Nabi Muhammad),” katanya.


AHLI-AHLI kariah Surau An Nur Bandar Puteri merebahkan seekor lembu korban ke tanah sebelum kerja-kerja penyembelihan dilakukan di sekitar Surau An Nur Bandar Puteri. - Kredit foto: SAN 


Sebanyak 18 lembu dan 18 kambing telah dikorbankan pada majlis berkenaan, jelasnya.

Para ahli kariah surau turut bergotong-royong menyembelih haiwan-haiwan korban sebelum melapah, menimbang dan membungkus dagingnya untuk kerja-kerja pengagihan kepada para peserta dan penduduk sekitar.

Terdahulu para Muslimin dan Muslimat mendirikan solat Hari Raya Aidiladha di surau berkenaan kira-kira pukul 8.30 pagi. - KitaReporters


PARA Muslimin dan Muslimat kariah surau bergotong-royong melapah dan memotong daging korban sebelum ditimbang dan diagihkan kepada para peserta dan penduduk setempat. - Kredit foto: SAN 


HADIRIN Surau An-Nur Bandar Puteri bertakbir memuji kebesaran Allah sebelum mendirikan solat Hari Raya Aidiladha seterusnya menjalankan ibadat korban ke atas 18 ekor lembu dan 18 ekor kambing. - Kredit foto: SAN 

18
10
0
13
0
You will be interested