Insan & Komuniti 14 Jun, 2024

Video| Angkara berjudi online! Isteri berang dan bakar mati suami! Kedua-dua pegawai tinggi polis!

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this



Polis Indonesia sentiasa menghadapi pelbagai kejadian jenayah yang dianggap pelik dan sadis. Tetapi kejadian yang berlaku di Mojokerto, Jawa Timur pada Sabtu, 8 Jun 2024 benar-benar menggemparkan kepolisian Indonesia.

Jika selama ini pihak polis menyelesaikan kes jenazah yang dilakukan oleh orang awam, namun kali ini kes pembunuhan berlaku dalam asrama polis dan melibatkan pembunuh dan mangsanya adalah pegawai tinggi polis berpangkat Briptu (Brigadier Polis Satu). 


Seorang Briptu bernama Fadhilatun Nikmah (FN), 28, membakar hidup-hidup suaminya Briptu Rian Dwi Wicaksono (RDW), 27, akibat marah yang meluap kerana si suami menghabiskan wang gajinya dengan berjudi secara dalam talian (judi online).

FN memeriksa akaun suaminya pada pukul 8.30 malam melalui mesin juruwang automatik (ATM) dan terkejut mendapati sepatutnya wang berbaki Rp2.8 juta (kira-kira RM800), tetapi hanya tinggal Rp800,000 (RM200). 

Pembunuhan melibatkan pegawai polis menggemparkan kepolisan Indonesia.

FN memaksa RDW yang bertugas di Balai Polis Jombang agar pulang segera setelah mengetahui wang gajinya dihabiskan untuk judi online.

Sesampai di rumah pada kira-kira jam 10.30 malam berlaku pertengkaran besar antara suami isteri itu dan berterusan ke tingkat bawah di mana FN menggari RDW pada tangga di garaj (tempat letak kereta) kereta Asrama Polis.

Suasana ketika majlis resepsi perkahwinan mereka pada 2021

Kerana marah yang membara, FN menyimbah petrol ke badan RDW lalu melemparkan pemetik api. Pegawai polis ini  gagal melepaskan diri  kerana digari dan menjerit minta tolong.

Melihat suaminya sudah dijilat api, FN menyedari perbuatan ‘gila’nya dan membawa suaminya ke hospital dengan bantuan beberapa orang jiran.


Namun nyawa RDW tidak dapat diselamatkan kerana 90 peratus badannya terbakar. 

Jenazah RDW dikebumi pada Ahad, 9 Jun 2024 dengan mengikut adat kepolisian. Sementara itu, FN pula ditahan oleh Polis Jawa Timur.

Oleh kerana FN mempunyai tiga anak yang masih kecil, dia tidak ditahan dipenjara, sebaliknya ditempatkan di sebuah bilik  di pejabat polis Mojokerto bagi membolehkan dia menyusui anak-anaknya. FN turut diberi kaunseling daripada pakar psikologi unuk menenangkannya.


FN dan RDW mempunyai 3 anak. Yang tua berusia 2 tahun dan dua anak kembar yang baru berusia 4 bulan. FN dan RDW berkahwin pada tahun 2021 setelah bercinta beberapa waktu dan dianggap pasangan serasi.

Namun tabiat berjudi memporak peranda hubungan suami isteri dan keluarga. Ia sewajarnya menjadi pengajaran kepada masyarakat umum.

Sementara itu ,sebuah akaun Instagram @erichaayu.attire, iaitu vendor yang menjayakan majlis perkahwinan kedua-duanya pada tahun 2021 memperlihat detik bahagia dan kemeriahan majlis perkahwinan FN dan RDW. - KitaReporters

21
13
0
10
0
You will be interested