Kempen Geng Subuh Macam Jumaat yang dilancar insan seni yang juga pempengaruh sosial yang juga pelakon popular Alif Satar sejak awal Disember 2023 kini mula mendapat sambutan di banyak masjid dan surau seluruh negara.
Semakin ramai umat Islam terutama golongan muda yang mula mengunjungi masjid atau surau untuk melakukan solat subuh secara berjemaah.
Terbaharu, pihak pengurusan memaparkan notis pembukaan restoran dilewatkan selama 20 minit iaitu ke jam 6.50 pagi bagi membolehkan para pekerja menjalankan solat terlebih dahulu. Dan melalui kenyataan di luar restoran, meminta orang ramai sabar menunggu.
Bagi pihak pengurusan restoran, mereka berkata solat adalah wajib ditunai oleh umat Islam dan soal keuntungan adalah perkara kedua.
Restoran Nasi Kandar Sulaiman antara yang popular di Pulau Pinang kerana menyediakan pelbagai lauk dan jenis makanan yang menyelerakan dan sentiasa dikunjung ramai dari mula masa pembukaan hingga ditutup setiap hari.
Sebenarnya, apa yang dilaku oleh restoran ini perlu menjadi contoh kepada semua pemilik kedai makan atau peniaga warung beragama Islam dengan mengutamakan solat.
Selama ini kita biasa melihat kedai makan atau warung mula dibuka sebelum atau pada waktu azan subuh seolah pihak pemilik dan pekerja tidak mengutamakan solat dan lebih mementingkan urusan perniagaan.
Selepas ini kita harap semakin banyak pemilik kedai atau warung yang mengutamakan soal solat. Malangnya, tidak mengutamakan soal solat masih dilakukan sejumlah umat Islam.
Sebahagian pelanggan Restoran Nasi Kandar Sulaiman
Malah sepanjang perjalanan tol terdapat beberapa tempat rawat dan rehat untuk menunaikan solat.
Solat melibatkan lima waktu iaitu subuh, zuhur, asar, maghrib dan isyak atau lebih dikenali dengan panggilan 24434. Walau sesibuk mana, setiap umat Islam wajib menunaikan setiap waktu. Terdapat masjid, surau di mana-mana. - KitaReporters