Insan & Komuniti 27 Nov, 2023

Video| Geramnya! Peniaga jual santan campur tepung! Habis rosak masakan! Macam gulai telur pecah!

@zul akmar jamaludin
Memulakan kerjaya sebagai wartawan pada 2001 di tabloid Warta Perdana dan di majalah Variapop pada tahun 2002. Kemudian menyambung kerjaya sebagai wartawan majalah Mingguan Wanita di Kumpulan Media Karangkraf. 📧: [email protected]

Share this


Tidak dinafikan ada segelintir peniaga mengambil kesempatan menipu barang jualan untuk meraih keuntungan. Mereka menipu dengan mencampurkan barang jualan dengan bahan-bahan lain untuk meningkatkan kuantiti atau timbangan.

Contohnya mencampurkan tepung ke dalam santan untuk memekatkan santan. Taktik ini sering digunakan oleh peniaga yang mahukan keuntungan segera. 

Akhirnya pembeli menjadi mangsa apabila masakan menjadi rosak kerana menggunakan santan dicampur tepung.



Seorang pengguna TikTok berkongsi pengalamannya menggunakan santan disyaki dicampur tepung. Dia berkongsi satu video menunjukkan masakan yang dimasaknya menjadi rosak gara-gara menggunakan santan tersebut. 

Menurutnya, dia memilih membeli santan segar berbanding santan kotak kerana mahukan masakannya lebih sedap. Namun, sebaliknya yang berlaku. 

“Menjawablah yang jual santan campur tepung sampai rosakkan masakan orang. Konon santan segar dalam kotak ais kan. Balik masak dah jadi macam gulai telur pecah pula,” keluhnya.

Dalam video yang dikongsi, jelas menunjukkan masakan yang dimasak kelihatan tidak menjadi dan rosak. 



Perkongsian wanita ini mendapat perhatian netizen. Ramai memberi pandangan yang sama, iaitu santan yang dibeli itu telah dicampur tepung. 

“Sah tepung jagung ni kalau jadi macam telur,” tulis salah seorang netizen.

Manakala seorang lagi netizen memberi tip untuk ‘membaiki’ masakan yang rosak tersebut. Menurutnya, dia pernah menggunakan tip tersebut dan masakan yang rosak itu dapat diselamatkan.




“Kalau terdesak macam ni, saya letak susu cair. Nak bagi berlemak, cover santan yang tak berapa nak ada. Boleh tahan sedap kalau campur susu cair rupanya,” kongsinya. 

Rupa-rupanya ramai yang pernah tertipu. Justeru, mereka sudah serik untuk membeli santan segar sebaliknya memilih membeli santan kotak kerana lebih selamat. - KitaReporters


14
14
0
16
0
You will be interested