Insan & Komuniti 08 Jun, 2023

Jana impak positif! Kerjasama CIMB Foundation-Teach For Malaysia! Kepada lebih 3k pelajar SR dan SM!

@editor 2
Semua kenyataan media atau media releases boleh dihantar kepada Editor KitaReporters. Sila sertakan juga gambar iringan untuk siaran. Emel: [email protected] atau [email protected]

Share this


CIMB Foundation meneruskan kerjasama dengan Teach For Malaysia (TFM) untuk memberikan akses kepada pendidikan berkualiti untuk pelajar di seluruh Malaysia melalui program yang berimpak tinggi. 

Sejak tahun 2021, kerjasama tersebut telah berjaya menjana impak positif kepada lebih 3,000 pelajar di sekolah rendah dan menengah di seluruh negara, di samping melatih seramai 20 tenaga pengajar untuk menjadi pendidik yang berkaliber sambil menyokong sekolah berkeperluan tinggi di bawah sistem pendidikan kerajaan. 

Antara inisiatif-inisiatif teras TFM termasuk TFM Fellowship, modul Learn-From-Home, KelasKita dan Program Komuniti Perkasa. 

Ahmad Shahriman Mohd Shariff, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif CIMB Foundation berkata, “CIMB Foundation berbesar hati kerana dapat menyokong TFM dan program-programnya ke arah akses saksama terhadap pendidikan berkualiti untuk semua. 

"Ini selaras dengan salah satu teras kami iaitu Pendidikan, di mana kami berharap dapat membina platform pembelajaran yang berdaya tahan untuk pelajar. 

"Kami percaya bahawa semua kanak-kanak berhak mendapat pendidikan berkualiti, tanpa mengira latar belakang sosio-ekonomi mereka. 

"Perubahan itu harus bermula di dalam bilik darjah, di mana pendidik boleh memberi inspirasi secara langsung dan memberikan impak yang bermakna kepada pelajar dan komuniti sekitar." 

Chan Soon Seng, Ketua Pegawai Eksekutif TFM berkata, “Kami percaya bahawa pendidikan berkualiti merupakan asas yang sangat penting untuk mendorong semua kanak-kanak dan remaja merealisasikan potensi mereka. 

"Kami berterima kasih atas sokongan CIMB Foundation yang telah memainkan peranan penting dalam pengembangan Teach For Malaysia kepada komuniti PPR di Selangor, komuniti Orang Asli di Perak, serta daerah-daerah di Sarawak. 

"Sebagai rakan kongsi strategik TFM, CIMB Foundation mendorong kami untuk terus komited dalam mememobilisasi pemimpin yang akan memastikan perubahan penting dilaksanakan dalam sistem pendidikan kita agar setiap kanak-kanak mempunyai peluang yang adil untuk mendapat pendidikan berkualiti.” 


(Barisan hadapan, dari kiri) Zahirah Zulkifly, Pengarah Persatuan, Teach For Malaysia; Rositah Mariam Sulaiman, Ketua Tanggungjawab Korporat, CIMB Group; Dr. Norisah Suhaili, Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia (Sektor Operasi Sekolah); Datuk Habibah Abdul Rahim, Pemegang Amanah, Teach For Malaysia; Chan Soon Seng, Ketua Pegawai Eksekutif, Teach For Malaysia; dan Venessa Sambai Usek, Presiden, Lembaga Alumni Teach for Malaysia pada majlis sambutan Teach for Malaysia kumpulan 2023.


Teach For Malaysia Fellowship 


Ini merupakan Program Pembangunan Kepimpinan selama dua tahun di mana calon pemimpin ditempatkan di sekolah kerajaan berkeperluan tinggi di luar bandar dan komuniti yang kurang berkemampuan untuk mengembangkan hasil pelajar, di samping membangunkan kemahiran dan pemahaman sistem pendidikan. 

Setelah tamat program, mereka akan terus memacu impak sistematik dalam bidang pendidikan sebagai alumni. 

"Sejak permulaan program ini pada tahun 2012, program tersebut kini dianggotai 495 ahli dan alumni dan telah menyumbang kepada 219 inisiatif pendidikan dan mengasaskan 12 organisasi berimpak sosial. 

"Program ini telah diperluas untuk turut menempatkan ahli-ahlinya di sekolah bermajoriti Orang Asli pada 2022 dan akan berkembang ke Sarawak pada Jun 2023. 

Learn From Home programme 

Program ini disampaikan melalui modul pembelajaran dalam talian pada platform dalam talian dan mudah alih FrogAsia yang sejajar dengan sukatan pelajaran kerajaan. 

Dicipta oleh TFM dan YTL Foundation, ia merupakan mod pembelajaran utama untuk pelajar semasa perintah kawalan pergerakan, dan terus menjadi sistem pembelajaran berdaya tahan di mana pelajar boleh mengakses sumber pembelajaran berkualiti tinggi yang selaras dengan kurikulum, pada bila-bila masa. 

Sejak diperkenal, platform ini telah diakses sebanyak lebih sejuta kali, meliputi pelajaran dalam Bahasa Inggeris, Bahasa Malaysia, Matematik dan Sains untuk pelajar dari darjah satu hingga tingkatan lima. 

Sebanyak 993 modul telah dibangunkan melalui kerjasama antara YTL Foundation, CIMB Foundation dan Teach For Malaysia pada akhir tahun 2022. 

Program ini telah dinobatkan dengan People’s Choice Award at the Constellations Awards 2022 oleh Asian Venture Philanthropy Network (AVPN), rangkaian pelaburan sosial terkemuka di Asia. 

KelasKita and Program Komuniti Perkasa 

KelasKita ialah program pembelajaran dalam talian yang memberikan pendidik kebolehan untuk mengadakan kelas tuisyen melalui sukarelawan dalam komuniti setempat. 

Manakala Program Komuniti Perkasa (PKP) menyasarkan pelajar yang menetap di Program Perumahan Rakyat (PPR) untuk mengambil alih pembelajaran mereka melalui bengkel penetapan matlamat. 

Kedua-dua program ini memberi sokongan kepada pelajar melalui penglibatan ibu bapa, mentor, dan sukarelawan. 

PKP baru-baru ini dijalankan untuk pelajar yang menetap di PPR HICOM, Shah Alam dan PPR Seri Kota, Cheras. 

Setakat ini, seramai 500 pelajar telah mendapat manfaat melalui program ini, dibantu oleh 11 ketua komuniti, 75 mentor dan 81 ibu bapa. - KitaReporters/Kenyataan Media


15
14
0
13
0
You will be interested