Sikap sambil lewa dan tiada kesedaran menjadi punca berlakunya jenayah scammer terutama membabitkan golongan warga emas.
Justeru itu, golongan warga emas seperti generasi datuk dan nenek perlu diberikan ceramah kesedaran bagi mengelak mereka tertipu dengan skim cepat kaya semata-mata untuk mendapat keuntungan besar.

Mohd Nasir Ismail bertanyakan sesuatu dengan seorang NGO pada Program Hari Bertemu Pelanggan dan High Profile Policing di Balai Polis Pokok Asam, Taiping.
“Warga emas sering menjadi mangsa scammer dan kerana itu program ceramah kesedaran hendaklah diberikan kepada golongan berumur 60 tahun ke atas.
“Ia berlaku kerana mereka kurang bercampur dan tinggal seorang diri, sekali gus menjadikan mereka terdedah dengan scammer,” kata Ketua Polis Daerah Taiping, ACP Mohd Nasir Ismail pada Hari Bertemu Pelanggan Ketua Polis Daerah Taiping dan High Profile Policing bulan Januari 2026 di Balai Polis Pokok Asam, Taiping pada 13 Januari 2026.
Program Hari Bertemu Pelanggan itu bertujuan merapatkan hubungan antara Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan masyarakat selain menjadi saluran penyampaian maklumat bagi membanteras jenayah.

Mohd Nasir Ismail menyiram air ke pokok yang ditanam pada Program Hari Bertemu Pelanggan dan High Profile Policing di Balai Polis Pokok Asam, Taiping.
Selain itu, Mohd Nasir berkata, penerangan mengenai scammer juga perlu diberikan kepada pelajar sekolah supaya mereka dapat membantu warga emas mengurangkan jenayah itu.
“Kalau ada
anak dan cucu yang bersekolah, mereka boleh memberikan penerangan kepada datuk nenek mereka mengenai bahaya scammer itu,” katanya,
Sehubungan
itu, Mohd Nasir yakin kerjasama antara polis dengan masyarakat dapat membantu
polis mengurangkan kadar jenayah di seluruh Taiping.
"Ini terbukti dengan kerjasama itu kadar kadar jenayah berlaku penurunan pada 2024 hingga 2025,” katanya. - KitaReporters
