Insan & Komuniti 25 Aug, 2024

RESQ Team UPSI digerakkan! Bantu segera mangsa banjir di Ulu Slim! MB dan VC turut turun santuni!

@rosdi ismail
Berpengalaman sebagai pemberita bersama Berita Harian (BH) bermula pada tahun 1985 hingga 2017. Pada tahun 1991, diserapkan dalam unit penyunting BH di Bangsar, Kuala Lumpur. Kemudian, pada tahun 1997 dipindahkan ke unit pendidikan BH sebagai penyunting

Share this

Saarani Mohamad (depan) dan Prof Md Amin Md Taff (tengah) menyantuni mangsa banjir di PPS Masjid Jamek Kampung Pasir pada 24 Ogos 2024.


MANGSA banjir ekoran kepala air di Slim Village mendapat perhatian Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Saarani Mohamad untuk turun ke lokasi kejadian bersama Naib Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjong Malim, Perak, Prof Datuk Dr Md Amin Md Taff yang melakukan tinjauan ke lokasi runtuhan jambatan lama Ulu Slim pada 24 Ogos 2024.

Mereka hadir bertemu mangsa di pusat perpindahan sementara (PPS) Masjid Jamek Kampung Pasir, Ulu Slim dan rumah mangsa banjir di kampung berkenaan. 

Sekitar jam 9 pagi pada hari berkenaan, Saarani dan Prof Md Amin bersama pasukan sukarelawan daripada UPSI, yang dikenali sebagai RESQ Team UPSI dalam kalangan staff dan pelajar hadir bagi menjalankan misi pembersihan pascabanjir di lokasi kejadian.


Saarani dan Prof Md Amin bertanya sesuatu kepada petugas ketika meninjau mangsa banjir di Ulu Slim.


Prof Md Amin, berkata warga UPSI sentiasa cakna dan mengambil berat mengenai musibah yang melanda di daerah Muallim.             

“Kami bersedia membawa pasukan sukarelawan iaitu RESQ Team UPSI bagi membantu menjalankan misi bantuan banjir ini kepada mangsa yang terbabit di sini.

“Saya berharap supaya urusan mangsa banjir ini dipermudah ketika misi pembersihan pascabanjir berlangsung seawal jam 8 pagi hingga jam 7 petang,” katanya.

Menurut Koordinator Misi Pascabanjir Daerah Muallim, Prof Dr Mohd Azlan Nafiah, sehingga kini terdapat 20 rumah mangsa banjir di Kampung Pasir, Ulu Slim, Perak terjejas dengan musibah bencana itu.


RESQ Team UPSI bersiap sedia berangkat ke lokasi kejadian banjir.


Sempena misi bantuan itu, Pengetua Kolej Awang Had Salleh, Dr Mardiana Ismail, menggerakkan 10 sukarelawan dari kolej berkenaan selain membabitkan kakitangan Pusat Transformasi Komuniti Universiti (UCTC). 

Turut terkesan dengan musibah banjir beberapa staf UPSI antaranya Pengawal Keselamatan UPSI, Mohd Firdaus Ahmad dan Pegawai Pusat Latihan Mengajar dan Industri (PuLaMI), Norshahidah Abdul Rahman.

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof Dr Norkhalid Salimin yang turut serta dalam misi bantuan itu, berkata UPSI sentiasa prihatin dengan mangsa banjir sekitar Muallim.

“Kami menggerakkan RESQ Team UPSI dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda, ‘water pump’, ‘water jet’ serta peralatan pembersihan untuk memudahkan pengurusan bantuan,” katanya. - KitaReporters


RESQ Team UPSI menjalankan aktiviti pembersihan di lokasi banjir.

6
19
0
13
0
You will be interested