Insan & Komuniti 03 Nov, 2022

Video| Terima kasih! Aktivis bantu gelandangan! Tidur setahun di bawah LRT! Beri makan, baju baharu!

@fitri hazim
Memulakan kerjaya sebagai wartawan penyiaran pada tahun 2016. Pengalaman dan peranan besar liputan Pilihan Raya Malaysia dan Bajet. Beralih sebagai wartawan akhbar serta banyak terlibat liputan jenayah dan bencana alam. ([email protected])

Share this


TINDAKAN seorang aktivis membantu seorang gelandangan yang menjadikan stesen LRT sebagai tempat berteduh selama setahun setelah kehilangan pekerjaan telah meraih perhatian dalam media sosil

Menerusi video yang dimuat naik oleh pemilik media sosial yang bernama @adrianedy7, kelihatan seorang lelaki yang merupakan seorang aktivis sosial menemui gelandangan tersebut setelah menerima kiriman mesej daripada seorang pengikutnya dalam media sosial mengenai kisah gelandangan tersebut.


Lagi cerita-cerita pilu berkaitan orang-orang gelandangan


Aktivis yang dikenali sebagai Adrian Edy itu mengajak lelaki terbabit untuk membeli pakaian baharu, menggunting rambutnya, membawa untuk menjamu selera serta memberi wang saku bagi meneruskan kelangsungan hidup.

Saya menangis ketika membantu abang Rusydi, setahun tidur di bawah stesen LRT, bawa dia pergi beli baju, seluar , selipar baru, pergi makan, gunting rambut, sebak sedih bila peluk dia, doakan abang Rusydi ya,” kongsinya dalam laman aplikasi TikTok.

Rata-rata pengguna media sosial berasa terharu dengan sifat kebaikan yang ditunjukkan aktivis itu serta sebak melihat keadaan hidup yang dihadapi gelandangan itu.



“Semoga dipermudahkan segala urusan dan terima kasih Adrian Edy menyapa dan membantu insan yang memerlukan,” ujar @HatiWajaMyFriends.

“Semoga Tuhan merahmati kamu adik Adrian Edy. Semoga abang itu dapat kerja yang boleh mengubah hidupnya,” jelas @MarianaEyna.

“Semoga rezeki mu sentiasa bertaburan Adrian Edy,” doa @user51038. - KitaReporters


10
19
0
8
0
You will be interested