Insan & Komuniti 13 Jun, 2025

Video| Ini bukan filem! Tapi betul-betul kahwin 3 Abdul! 3 beradik perempuan nikah 3 beradik lelaki!

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this
.



Jodoh adalah ketentuan Allah swt. Kerana itulah kita tidak dapat menentukan jodoh kita. Ada ketika sudah begitu lama berkawan juga tidak mampu membawa ke alam perkahwinan.

Dan kerana itulah ada ketikanya jodoh itu menjadi unik.

Perkahwinan unik... Tiga bersaudara lelaki berkahwin dengan tiga bersaudara wanita. - Kredit foto: TikTok @ Cvtie_lulu


Dan keunikan itulah yang terjadi kepada tiga pasangan beradik lelaki dan wanita di daerah Kinabatangan, Sabah ini yang dinikah serentak dalam satu majlis sederhana tetapi meriah pada awal Jun 2025.

Masing-masing keluarga mempunyai tiga beradik. Dan lebih menarik menikah mengikut urutan keluarga. Si kakak bernikah dengan si abang. Yang di tengah memilih lelaki tengah juga. Dan si bongsu juga memilih lelaki bongsu. 

Bukan dirancang tetapi itulah kenyataannya.

Majlis perkahwinan itu dirakam dalam TikTok @ @Cvtie_lulu milik wanita si bongsu.



Dalam video itu, ketiga-tiga pasangan pengantin tampil anggun dan segak dalam persalinan sedondon serba putih ketika lafaz akad nikah dilafazkan. Majlis disaksikan sejumlah sahabat handai dan rakan taulan.

Perkahwinan unik ini bukan sahaja mengkagumkan para jemputan, malah turut mendapat perhatian para netizen. Mereka berharap perkahwinan mereka kekal bahagia dan berharap dapat anak serentak.

Ada yang mengganggap ia adalah perkahwinan 3 Abdul.



Tentu ramai yang masih ingat filem ‘3 Abdul’ lakonan, arahan dan hasil skrip Tan Sri P Ramlee yang mula ditayang pada 22 April 1964. 

Kontrak P. Ramlee dengan Malay Filem Production (MFP) berakhir pada 31 Mac 1964 dan tidak disambung kontraknya. P.Ramlee akhirnya meninggalkan Studio MFP sebaik sahaja filem ‘3 Abdul’ selesai penggambaran.

Filem ‘Tiga Abdul’ bersuasana negara Arab dengan diberi nama Isketambola. Hartawan yang kaya raya iaitu Ismet Ulam Raja (lakonan M. Babjan) mempunyai tiga anak lelaki iaitu Abdul Wahab (Haji Mahadi), Abdul Wahib (S. Kadarisman) dan Abdul Wahub (P. Ramlee) yang tidak sebulu. Tetapi Abdul Wahub yang bijaksana.

Sementara itu, Sadiq Segaraga (Ahmad Nisfu), seorang saudagar barang-barang purba, cuba mendapatkan harta peninggalan Ismet Ulam Raja yang diwarisi anak-anak lelakinya. Lalu dia menggunakan ketiga-tiga anak perempuannya untuk memikat Abdul Wahab, Abdul Wahid dan Abdul Wahub.

Ketiga-tiga anak perempuan itu ialah Hamidah (lakonan Mariani), Rafidah (Dayang Sofia) dan Ghasidah (Sarimah)

‘Tiga Abdul’ adalah filem pertama A. R. Badul muncul dalam filem. Badul menjadi salah seorang anak yatim yang menyanyikan lagu ‘Tolong Kami Bantu Kami’. - KitaReporters


12
5
0
8
0
You will be interested