Insan & Komuniti 29 Nov, 2025

Video| Cerita musim banjir! Ada cerita harimau, singa, kucing, anjing! Ada cerita terkandas, berpesta!

@kartini mohd noor
Pernah berkhidmat sebagai Stringer Berita Harian, Wartawan Berita Harian, Penyunting Harian Metro, Group Editor Majalah IBUBAPA. Emel: [email protected]

Share this

SEEKOR singa dikatakan dibawa masuk oleh dua wanita ke dalam rumah mereka di Thailand. 

Tiada lagi rasa takut atau cemas kerana haiwan itu sudah basah kuyup, kelaparan dan mungkin tiada cara untuk mencari tempat tinggi. Akhirnya rumah manusia dia minta "menumpang".




Singa tu nampaknya sangat keliru. Itu adalah antara haiwan yang selalu memberi ancaman kepada manusia akhirnya terlupa untuk membaham tangan yang memberi mereka perlindungan.

Selain itu, dalam banjir besar kali ni seekor harimau dan anaknya juga dilihat melalui kawasan perkampungan penduduk di utara Sumatera untuk "meminta jalan" menuju ke tempat perlindungan.

Namun ada laporan yang menyebut, video harimau tersebut video olok-olok atau hoax yang dihasilkan menggunakan teknologi kecerdasan buatan atau AI.

Dalam pada itu, pasukan penyelamat juga mengutip kucing yang dihanyutkan air, membawa kambing ke tempat lebih tinggi serta ada sukarelawan menyelamatkan anjing yang diikat dan ditinggalkan oleh pemilik rumah.






Musim banjir juga nelayan sungai tersenyum lebar apabila budak yang menjala, memukat serta mengail mendapat ikan bersaiz besar. 

Ikan patin emas dikatakan ada seberat lebih 10 kilo dan sekilo dikatakan berharga RM70. Ada pemukat memperolehi lebih RM1,000 seekor.



Inilah suasana yang menjadi asam garam bila banjir datang lagi!.

Banjir tahun ini dikatakan paling teruk dalam tempoh 100 tahun di Thailand yang membuatkan ribuan rakyat Malaysia yang menghabiskan cuti di negara itu terkandas akibat air menenggelamkan laluan-lauan hotel mereka menginap.

Antara lucu dan kerisauan, maka sesetengah negara, banjir ini dianggap pesta air macam acara Songkran di Thailand yang selalu diadakan pada April.

Di Kelantan berpuluh-puluh tahun banjir dilalui ketibaan musim bah ni menjadikan rakyat tu mengambil peluang bersukaria dan mencari rezeki.

Berniaga ubi rebus, ikan perkasan, ikan bekok dan ikan "darat" termasuk ikan keli, ikan haruan, ikan sepat dan puyu menjadi sumber kewangan sampingan. 

Di Pantai Timur ubi tertentu boleh dijumpai musim banjir dan paling laris sekali ialah putu halba. Ubi kayu yang dipanaskan dalam kain kasa dengan isi gula melaka. Di makan waktu hangat sambil mengharung air.



Walaupun setiap tahun warganegara sudah menjangka bencana ini dan ada awal-awal lagi membuat persiapan bagi melalui dua bulan hujan berterusan yang mengakibatkan banjir.

Mutakhir kini, satu lagi bencana dijangka terjejas teruk  apabila ribut tropika Senyar yang dijangka melanda negara, berlarutan dua hari. Ribut Senyar itu dijangka bermula 27 hingga 29 November 2025 dengan angin kuat dan hujan berterusan.

Jabatan Metrologi meramalkan ribut Tropika Senyar sudah memasuki kawasan tengah semenajung negara bermula di Selangor dan sempadan Perak. Ribut  yang membawa angin kelajuan 50 kilometer dan hujan.

Ketua Pengarahnya, Dr Mohd Hisham Mohd Aniq meminta rakyat negara ni sentiasa berwaspada kerana angin kencang dan hujan berterusan yang mungkin boleh menyebabkan limpahan hujan dan banjir kilat berlaku.

Setakat ni Thailand teruk dilanda banjir yang dikatakan terburuk sejak 100 tahun lalu dan kini pengaliran banjir sudah "melimpah" ke negara kita.



Sebelum ini, dilaporkan 3,000 hingga 4,000 pelancong terkandas di Thailand

Tahun ni bermula di China kemudian di Hong Kong dan wilayah di Vietnam, Kemboja, Filipina dan Thailand dilanda banjir. 

Laporan media, sekurang-kurangnya sudah 10 negeri di Malaysia terbabit dengan banjir. Kelantan kekal negeri paling ramai menampung mangsa banjir yang dikatakan sudah 11,000 berada di pusat penempatan sementara (PPS).

Kali ini banjir yang membuatkan rakyat Malaysia terkandas di Thailand dalam pelbagai suasana. Ramai merunggut hotel tetap kenakan bayaran, terputus bekalan makanan dan ubat-ubatan, elektrik terputus menyebabkan tidak boleh caj bateri telefon dan paras air semain naik di hotel.

Angkatan tentera dan pertubuhan bukan kerajaan serta pasukan pnyelamat dari kedua-dua negara turut membantu bahkan ada usaha menyelamatkan mangsa banjir guna kontena.

Tidak kurang juga banjir membuatkan isteri terkejut sebab suami yang sepatutnya bermesyuarat di Kuala Lumpur tiba-tiba memberitahu dia terkandas di Hatyaai. - KitaReporters


 

14
10
0
19
0
You will be interested