Insan & Komuniti 20 Jan, 2026

Usaha murni! Politeknik ubah suai kerusi roda pesakit hospital! Kitar semula secara pandu lalu!

Share this

Demi keselamatan dan kesejahteraan pesakit, Hospital Kulim telah mengambil tindakan bijak dengan menyerahkan kerusi-kerusi roda hasil sumbangan iCare serta beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) kepada Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah (PTSB) untuk pengubahsuaian sebaik mungkin.


Antara kerusi roda yang diubah suai bagi keselesaan pesakit Hospital Kulim.

Usaha murni komuniti ini turut mendapat kerjasama pasukan sukarelawan PTSB bagi meningkatkan kemudahan mobiliti pesakit di Hospital Kulim.

Sebanyak 14 buah kerusi roda yang telah diamanahkan oleh pihak Hospital Kulim bagi tujuan pengubahsuaian tersebut berjaya disempurnakan seperti mana yang diharapkan.


Kerusi roda yang telah siap pengubahsuaian dibawa pulang ke Hospital Kulim bagi kegunaan pesakit dengan segera.

Kerusi roda yang diserahkan kepada Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah untuk pengubahsuaian.

Terbukti inisiatif ini memperlihatkan komitmen PTSB dalam menyokong tanggungjawab sosial (SR) institusi terbabit serta memperkukuh semangat sukarelawan demi kesejahteraan masyarakat.

Usaha sebegini melalui ilmu dan kepakaran yang ada sepatutnya menjadi teladan kepada lain-lain organisasi supaya ia dapat memanfaatkan semua golongan masyarakat yang memerlukan.


Pulangan sebanyak RM73,062.63  berjaya dihasilkan melalui program kitar semula Drive Thru Recycle Center (DTRC).

Sementara itu, bukan mudah untuk mengumpulkan bahan kitar semula sehingga boleh memberi pulangan yang memberangsangkan bukan sahaja kepada kelestarian kampus tetapi juga pulangan langsung kepada para pengitar semula, warga kampus dan komuniti terlibat.

Menerusi pelaksanaan program kitar semula Drive Thru Recycle Centre (DTRC) yang diusahakan oleh E-Idaman (Environment Idaman Sdn Bhd) sehingga November 2025 sebanyak 14,940 transaksi kitar semula telah direkodkan dengan bahan kitar semula yang berjaya diproses mencecah 111,422 kilogram. 

Hasil daripada usaha berterusan ini sebanyak RM73,062.63 telah dipulangkan secara langsung kepada para pengitar semula serta memberi pulangan ekonomi kepada warga kampus dan mereka yang terlibat dalam pengumpulan ini.


Sejumlah 6,240 gelen minyak dapat dijimatkan serta 669 batang pokok berjaya diselamatkan.

Melalui pelaksanaan program ini, ia turut menyumbang kepada penjimatan alam sekitar apabila 669 batang pokok berjaya diselamatkan.

Selain itu, sejumlah 6,240 gelen minyak berjaya dijimatkan, manakala 65,628 kWh tenaga elektrik dikurangkan penggunaannya serta 58.9 juta gelen air dapat dijimatkan.

Pencapaian ini membuktikan komitmen padu warga kampus termasuk staf, para pelajar serta rakan strategik dalam usaha menyokong amalan pengurusan sisa yang bertanggungjawab dan berasaskan data.

Usaha secara kolektif ini memperlihat pendekatan berasaskan data, mampu memberikan impak sebenar ke arah pembinaan kampus yang lebih hijau,lestari dan berdaya saing. - KitaReporters

14
16
0
13
0
You will be interested