Insan & Komuniti 12 Apr, 2023

Video| Untukmu ibu! Anak lelaki pikul ibu tua di bahu! Semasa lakukan tawaf umrah ketika Ramadan!

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this
Seorang jemaah yang memikul ibunya di bahu untuk melakukan tawaf menarik perhatian ramai. - Kredit foto: Saudi Gazette

Melakukan ibadat umrah pada bulan Ramadan lebih mencabar daripada bulan-bulan lain kerana ia dijalankan ketika berpuasa. Namun lebih ramai ingin melakukan umrah pada bulan penuh berkat itu kerana fadilatnya. 

Daripada sejumlah jemaah umrah pada bulan Ramadan, seorang lelaki melakukan perkara sangat terpuji. 

Di sebalik kesukaran melakukan umrah, dia turut membawa ibunya yang sudah uzur melakukan tawaf dengan memikul di bahunya dalam keadaan tersenyum dan melambaikan tangan kepada mereka yang membuat rakaman video.



Walaupun ibunya boleh sahaja dibawa dengan menggunakan kerusi roda, namun lelaki tersebut lebih rela memikul ibunya menjalani umrah bersama.

Si ibu kelihatan gembira dipikul sedemikian dan sesekali mengusap muka anaknya kerana berpeluh. Ia turut menarik perhatian jemaah umrah yang lain.

Situasi itu dirakam dalam media Saudi Gazette pada Isnin, 10 April 2023. Sejumlah jemaah umrah membuat rakaman video dan ia tular dalam sejumlah laman sosial. Antaranya Twitter @saudiexpat.

Para netizen turut memberi pujian dengan menyifatkan ia sebagai bentuk penghormatan tinggi kepada insan yang membesarkan jemaah lelaki itu. - KitaReporters


20
15
0
13
0
You will be interested